Pertempuran Crécy
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pertempuran Crécy tercetus pada 26 Ogos 1346 di kawasan timur laut Perancis antara tentera Perancis yang dipimpin oleh Raja Philip VI dan tentera England yang diketuai oleh Raja Edward III. Tentera Perancis menyerang tentera England semasa mereka sedang melewati utara Perancis dalam kempen Perang Seratus Tahun. Pertempuran ini berakhir dengan kejayaan tentera England dan kekalahan teruk ditanggung oleh Perancis.
Pertempuran Crécy | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Seratus Tahun | |||||||
Pertempuran Crécy dari manuskrip Babad Froissart bertarikh abad ke-15. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Kerajaan England |
Kerajaan Perancis Kerajaan Bohemia | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Raja Edward III Edward, Si Putera Hitam Earl Northampton |
Raja Philip VI (WIA) Count Alençon † John dari Bohemia † Duke Lorraine † Count Blois † | ||||||
Kekuatan | |||||||
7,000–15,000 |
20,000–30,000 • 10,000–12,000 tentera • 2,000–6,000 pemanah • Infantri tidak diketahui | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
100–300 terkorban |
1,542–4,000 bangsawan terkorban Bilangan infantri terkorban tidak diketahui tetapi jumlahnya besar |
Tentera England yang jauh lebih kecil telah menewaskan tentera Perancis yang jauh lebih ramai dan besar. Taktik dan senjata baru telah menandakan pertempuran ini sangat penting dalam sejarah peperangan kerana tentera England telah menggunakan senjata busur panjang untuk menentang kesateria-kesateria Perancis. Busur panjang merupakan senjata yang pantas berbanding busur silang yang digunakan oleh perajurit Perancis dan Genoa. Malahan, senjata itu juga dapat melepaskan tembakan anak panah dengan jarak yang jauh. Sebelum pertempuran ini tercetus iaitu semasa Zaman Pertengahan, golongan kesateria memainkan peranan penting dalam sesebuah angkatan tentera. Namun disebabkan peristiwa pertempuran ini, sejarawan menganggap pertempuran ini sebagai tanda pengakhiran kepada pasukan kesateria.