Pertubuhan Pasok-Momogun Kadazan Bersatu
bekas parti politik Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Pertubuhan Pasok-Momogun Kadazan Bersatu atau United Pasok Momogun Organisation (UPKO) adalah merupakan sebuah parti yang ditubuhkan pada Mei 1964 hasil gabungan daripada Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan Pertubuhan Pasok Momogun Bersatu (PASOK MOMOGUN); dua buah parti politik yang masing-masing memperjuangkan nasib dan masa depan bangsa KDM.
Fakta Segera Ditubuhkan, Dibubarkan ...
Pertubuhan Pasok-Momogun Kadazan Bersatu | |
---|---|
Ditubuhkan | Mei 1964 |
Dibubarkan | Disember 1967 |
Gabungan | Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu & Pertubuhan Pasok Momogun Bersatu |
Ibu pejabat | Sabah |
Tutup
Rencana ini mengenai sebuah parti politik UPKO yang lama. Untuk parti politik UPKO yang dihidupkan semula, sila lihat Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu. Untuk parti politik UPKO terkini, sila lihat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu.
Selepas pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, kedua-dua parti politik KDM itu terus berjuang dengan agenda masing-masing untuk bertanding dalam Pilihan Raya Majlis-majlis Daerah 1964 yang merupakan pilihan raya kerajaan tempatan pada tahun 1964.