Piala Dunia Wanita FIFA
From Wikipedia, the free encyclopedia
Piala Dunia Wanita FIFA merupakan sebuah kejohanan bola sepak antarabangsa untuk wanita yang dianjurkan oleh FIFA. Ianya disertai oleh pasukan wanita kebangsaan daripada kalangan ahli FIFA. Kejohanan ini diadakan empat tahun sekali sejak tahun 1991, di mana pada tahun tersebut, ianya dikenali sebagai Kejohanan Dunia Wanita yang telah diadakan di China.
Ditubuhkan | 1991 |
---|---|
Kawasan | Antarabangsa (FIFA) |
Jumlah pasukan | 32 (Akhir) |
Juara semasa | Amerika Syarikat (Gelaran Ke-4) |
Pasukan paling berjaya | Amerika Syarikat (4 Gelaran) |
Laman sesawang | fifa.com/womensworldcup |
2023 FIFA Women's World Cup |
Format terkini kejohanan ini menyaksikan terdapat 24 slot di mana 1 slot dirizabkan kepada pasukan tuan rumah dan 23 slot lagi ditawarkan kepada pasukan kebangsaan yang akan melalui fasa kelayakan yang diadakan selama lebih kurang tiga tahun. Pusingan akhir kejohanan ini kemudian diadakan di negara yang telah ditetapkan sebagai tuan rumah selama sebulan.
Setakat ini, tujuh edisi kejohanan Piala Dunia Wanita FIFA telah diadakan dan dimenangi oleh empat pasukan kebangsaan berbeza, termasuklah pasukan Amerika Syarikat, yang mengalahkan pasukan Norway dengan jaringan 2-1 dalam edisi pertama. Juara semasa dimenangi oleh pasukan Amerika Syarikat, selepas memenangi kejuaraan kali ketiga mereka dalam kejohanan Piala Dunia Wanita FIFA 2015.