Poznań
From Wikipedia, the free encyclopedia
Poznań [ˈpɔznaɲ] ( dengar) (Latin: Posnaniacode: la is deprecated ; Jerman: Posencode: de is deprecated ; Bahasa Yiddish: פּױזןcode: yi is deprecated Poyzn) ialah salah satu bandar raya di Poland yang tertua dan oleh itu, merupakan pusat sejarah serta juga pusat perdagangan, perindustrian, dan pendidikan yang penting. Terletak di tebing Sungai Warta di bahagian tengah barat Poland, Poznań dengan jumlah penduduk melebihi 557,000 orang (Disember 2008) ialah bandar raya kelima dan pusat perindustrian yang keempat terbesar di negara. Ia juga merupakan ibu kota pentadbiran Kevoivodan Greater Poland.
Poznań | |
---|---|
Bandaraya Poznań Stołeczne Miasto Poznań | |
Koordinat: 52°24′N 16°55′E | |
Negara | Poland |
Wilayah | Poland Raya |
Kaunti | kauti bandar |
Ditubuhkan | Abad ke-10 |
Hak kekotaan | 1253 |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Jacek Jaśkowiak |
Keluasan | |
• Bandar Raya | 261.85 km2 (101.10 batu persegi) |
Aras tertinggi | 154 m (505 ft) |
Aras Terendah | 60 m (200 ft) |
Penduduk (31 Disember 2010) | |
• Bandar Raya | 551,627 |
• Kepadatan | 2,100/km2 (5,500/batu persegi) |
• Bandar | 1.1 juta |
• Metro | 1.4 juta |
Zon waktu | UTC+1 (CET) |
• Musim panas (DST) | UTC+2 (CEST) |
Kod postal | 60-001 hingga 61–890 |
Kod kawasan | +48 61 |
Plat kereta | PO |
Laman sesawang | http://www.poznan.pl/ |
Gereja di Poznań ialah gereja yang tertua di Poland dan mengandungi makam raja-raja Poland yang awal:
- Duke Mieszko I
- Raja Boleslaus si Berana
- Raja Mieszko II
- Duke Casimir I si Pemulih
- Duke Przemysł I
- Raja Przemysł II.
Poznań merupakan tuan rumah kepada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa Bersatu pada Disember 2008. Persidangan itu merupakan peristiwa utama dalam pembentukan pengganti kepada Protokol Kyoto. Poznań juga menonjolkan Royal-Imperial Route, laluan pelancong yang merentasi kebanyakan bahagian bandar raya yang menunjukkan sejarah, budaya, dan identiti Poznań.