Serangan Kashgar 2011
From Wikipedia, the free encyclopedia
Serangan Kashgar 2011 adalah serangan bersiri menggunakan bom dan pisau di Kashgar, Xinjiang, China pada 30 dan 31 Julai, 2011. Pada 30 Julai, dua lelaki Uyghur merampas sebuah trak, membunuh pemandu, dan memandu ke arah pejalan kaki.Mereka menikam enam orang sampai mati dan mencederakan 27 yang lain. Salah satu penyerang telah dibunuh oleh orang ramai yang lain. Pada 31 Julai berlaku kebakaran restoran di tengah bandar. Sekumpulan lelaki Uighur bersenjata membunuh dua orang di dalam restoran dan empat orang di luar, mencederakan 15 orang lain. Polis berjaya menembak mati lima suspek, menahan empat, dan membunuh dua orang lain setelah ditangkap. Kerajaan China mendakwa mereka mengaku melakukan jihad dari Pergerakan Islam Turkestan (ETIM). Pejuang kemerdekaan Uyghur di luar negara menyatakan penyerang kecewa dengan dasar-dasar kerajaan.
Serangan Kashgar 2011 2011年喀什暴力恐怖袭击事件 | |
---|---|
Lokasi | Kashgar, Xinjiang, China |
Koordinat | 39°27′00″N 75°59′00″E |
Tarikh | 30 dan 31 Julai 2011 |
Sasaran | Orang awam |
Jenis serangan | Serangan kenderaan, IED dan pisau |
Senjata | Bahan letupan, lori, senapang, pisau |
Kematian | 22 (Hari pertama: 9, termasuk seorang penyerang; Hari kedua: 13, termasuk 7 penyerang) |
Tercedera | 42 (Hari pertama: 27; Hari kedua: 15, termasuk 3 polis) |
Pelaku | 13 lelaki Uyghur (Hari pertama: 2; Hari kedua: 11) |
sunting · sunting di Wikidata |