Shōgun
From Wikipedia, the free encyclopedia
Syogun (将軍code: ja is deprecated , shōgun) dengar (bantuan·maklumat) ialah pangkat dalam angkatan tentera dan gelaran bersejarah di Jepun. Pangkat moden yang setara ialah Generalisimo. Sebagai satu gelaran, ia ialah singkatan bagi sei-i taishōgun (征夷大将軍:せいいたいしょうぐんcode: ja is deprecated ), individu yang memerintah pada zaman-zaman yang berlainan dalam sejarah Jepun, berakhir apabila Tokugawa Yoshinobu melepaskan jawatannya kepada Maharaja Meiji pada tahun 1867.[1]
Jawatan dan pentadbiran shogun dikenali sebagai "keshogunan" atau dalam bahasa Jepun sebagai bakufu (幕府:ばくふcode: ja is deprecated ) yang secara harfiah bererti "pejabat di dalam khemah", pada asalnya bermaksud "rumah seorang jeneral", dengan demikian bermakna "kerajaan persendirian".[2] Khemah adalah simbolik kepada komander medan perang tetapi juga bermakna bahawa jawatan sebegitu dimaksudkan untuk sementara sahaja.