Syarikat Hindia Timur Inggeris
Syarikat bersekutu British dibentuk untuk mengejar perdagangan dengan Hindia Timur / From Wikipedia, the free encyclopedia
Syarikat Hindia Timur Inggeris (bahasa Inggeris: British East India Companycode: en is deprecated ), kadang-kala dikenali dengan nama "John Company" adalah sebuah syarikat perdagangan yang telah dianugerahkan piagam diraja oleh Ratu Elizabeth I pada 31 Disember 1600. Syarikat ini, dengan panggilan Honourable East India Company, diberi kemudahan untuk menguasai perdagangan di Hindia Timur. Syarikat ini berubah dari syarikat perdagangan kepada sebuah badan yang memerintah India apabila ia mula mempunyai kuasa tentera dan kerajaan tempatan. Syarikat ini dibubarkan pada 1874. Syarikat Hindia Timur Inggeris ditubuhkan di England pada tahun 1600.Kerajaan British telah memberi kuasa kepada SHTI untuk menjalankan perdagangan antarabangsa dan meluaskan tanah jajahan.
Nama asli | British East India Company |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Awam Perusahaan milik negara[1] |
Industri | Perdagangan antarabangsa |
Ditubuhkan | 31 Disember 1600; 423 tahun yang lalu (1600-12-31) |
Pengasas |
|
Dibubarkan | 1 Jun 1874; 149 tahun yang lalu (1874-06-01) |
Nasib | Dimiliknegarakan:
|
Ibu pejabat | East India House, London, Great Britain |
Keluaran | Kapas, sutera, indigo dye, gula, garam, rempahan, saltpetre, teh, perdagangan hamba and opium |
sunting · sunting di Wikidata |