Taman Hyde, London
From Wikipedia, the free encyclopedia
Taman Hyde (bahasa Inggeris: Hyde Park) adalah salah satu taman terbesar di pusat London, England dan salah satu Taman Diraja London, termasyhur dengan Sudut Penuturnya.
| |||
| |||
|
Taman ini dibahagikan dua oleh Tasik Serpentine. Taman ini bersambung dengan Taman Kensington; walaupun ia sering masih dianggap sebahagian dari Taman Hyde, Taman Kensington secara teknikal berasingan sejak 1728, apabila Permaisuri Caroline membuatkan suatu pembahagian di antara yang dua itu. Taman Hyde Park adalah 350 ekar besar (140 hektar/1.4 km²) dan Taman Kensington adalah 275 ekar besar (110 ha/1.1 km²) memberikan jumlah kawasan 625 ekar (250 ha/2.5 km²), membuat taman ini lebih besar dari negara Monaco (1.96 kilometer persegi / 485 ekar), tetapi masih lebih kecil dari Taman Sentral Kotaraya New York (3.41 kilometer persegi atau 843 ekar). Ke tenggara (tetapi di luar taman) adalah Sudut Taman Hyde. Walaupun, sewaktu siang hari, kedua-dua taman bergabung secara tidak berkelim pada satu sama lain, Taman Kensington tutup pada waktu senja tetapi Taman Hyde tetap buka sepanjang tahun dari 5 pagi ke tengah malam. Taman ini adalah tempat The Great Exhibition 1851, yang mana Istana Kristal telah direkakan serta ditunjukkan oleh Joseph Paxton.
Taman ini telah menjadi tempat tradisional untuk tunjuk perasaan secara besar. The Chartists, the Suffragettes dan the Stop The War Coalition telah mengadakan tunjuk perasaan di taman ini. Banyak penunjuk perasaan di Liberty and Livelihood March pada 2002 mula berkawat mereka dari Taman Hyde.
Pada 20 Julai 1982 sewaktu pengeboman Taman Hyde dan Taman Regents, dua bom yang berkait dengan Tentera Republikan Ireland Sementara menyebabkan kematian lapan orang ahli Household Cavalry dan Royal Green Jackets serta tujuh ekor kuda.