Thiago Alcântara
From Wikipedia, the free encyclopedia
Thiago Alcântara do Nascimento (lahir 11 April 1991), ataupun hanya dikenali sebagai Thiago merupakan pemain bola sepak profesional Sepanyol yang bermain sebagai posisi pemain tengah untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan pasukan kebangsaan Sepanyol.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Thiago Alcântara do Nascimento[1] | ||
Tarikh lahir | (1991-04-11) 11 April 1991 (umur 33)[1] | ||
Tempat lahir | San Pietro Vernotico, Itali | ||
Ketinggian | 1.72 m (5 ka 8 in)[2] | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Liverpool | ||
Nombor | 6 | ||
Kerjaya remaja | |||
1995–1996 | Flamengo | ||
1996–2000 | Ureca | ||
2000–2001 | Kelme | ||
2001–2005 | Flamengo | ||
2005–2008 | Barcelona | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2008–2011 | Barcelona B | 59 | (3) |
2009–2013 | Barcelona | 68 | (7) |
2013–2020 | Bayern Munich | 150 | (17) |
2020– | Liverpool | 67 | (2) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2007 | Sepanyol B16 | 1 | (0) |
2007–2008 | Sepanyol B17 | 8 | (5) |
2009 | Sepanyol B18 | 1 | (1) |
2009–2010 | Sepanyol B19 | 11 | (4) |
2010–2013 | Sepanyol B21 | 21 | (6) |
2011– | Sepanyol | 46 | (2) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 26 April 2023 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:07, 6 Julai 2021 (UTC) |
Thiago dilahirkan di Itali dan merupakan anak sulung kepada bekas pemain bola sepak, Mazinho. Beliau menyertai Barcelona ketika berusia 14 tahun dan membuat penampilan pertamanya pada tahun 2009. Setelah memenangi penghormatan termasuk empat gelaran La Liga, Liga Juara-Juara UEFA, dan Piala Dunia Kelab FIFA untuk Barcelona, beliau ditandatangani oleh Bayern Munich dengan harga berjumlah €25 juta pada tahun 2013. Di Jerman, Thiago memenangi 16 trofi, termasuk kejuaraan Bundesliga sebanyak tujuh kali, dan Liga Juara-Juara UEFA sebagai sebahagian daripada menjuarai gelaran treble bersama Bayern Munich. Pada tahun 2020, Thiago menandatangani kontrak bersama Liverpool dengan pindahan awal bernilai 20 juta £.
Setelah membantu Sepanyol ke Kejuaraan Eropah di peringkat bawah 19 dan di bawah 21 tahun, Thiago membuat penampilan pertama antarabangsa sepenuhnya pada tahun 2011. Beliau juga merupakan sebahagian daripada skuad sementara untuk pasukan Sepanyol di Piala Dunia FIFA 2014 tetapi menarik diri kerana kecederaan lutut. Thiago terpilih untuk mewakili Sepanyol dalam kejohanan UEFA Euro 2016 dan Piala Dunia FIFA 2018.