Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis / From Wikipedia, the free encyclopedia
Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (Jawi: توانكو سيد سراج الدين ابن المرحوم توانكو سيد ڤوترا جمال الليلcode: ms is deprecated ) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kedua belas. Baginda merupakan Raja yang memerintah Negeri Perlis Indera Kayangan sejak 17 April 2000 hingga sekarang. Baginda diputerakan di Arau, Perlis pada 17 Mei 1943. Baginda merupakan anakanda kedua daripada 10 putera dan puteri Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Tengku Budriah.
Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail توانكو سيد سراج الدين إبن المرحوم توانكو سيد ڤوترا جمال الليل | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Yang di-Pertuan Agong XII Raja Perlis VII | |||||||||
Yang di-Pertuan Agong | |||||||||
Pemerintahan | 13 Disember 2001 – 12 Disember 2006 | ||||||||
Pertabalan | 25 April 2002 | ||||||||
Didahului oleh | Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah | ||||||||
Diikuti oleh | Sultan Mizan Zainal Abidin | ||||||||
Raja Perlis | |||||||||
Pemerintahan | 17 April 2000 – kini | ||||||||
Pertabalan | 7 Mei 2001 | ||||||||
Didahului oleh | Tuanku Syed Putra Jamalullail | ||||||||
Pewaris takhta | Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail | ||||||||
Keputeraan | (1943-05-17) 17 Mei 1943 (umur 80) Arau, Perlis, Tanah Melayu | ||||||||
Pasangan | Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid (k. 1967) | ||||||||
Anakanda | |||||||||
| |||||||||
Kerabat | Wangsa Jamalullail | ||||||||
Ayahanda | Tuanku Syed Putra Jamalullail | ||||||||
Bonda | Tengku Budriah | ||||||||
Agama | Islam Sunni |
Pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong bermula dari 13 Disember, 2001, lebih awal dari yang dijangkakan jurus selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Agong yang sebelumnya, Sultan Salahuddin yang juga merupakan Sultan Selangor. Penggal pemerintahan baginda berakhir pada 12 Disember 2006.
Baginda dimasyhurkan Raja Muda Perlis pada 30 Oktober 1960 ketika 17 tahun.
Baginda menjadi Raja Perlis pada 17 April, 2000, selepas ayahandanya mangkat, Tuanku Syed Putra Jamalullail, menjadi Raja sejak 1945. Baginda berumahtangga dengan Tengku Fauziah, Raja Permaisuri Agong, anakanda kepada Tengku Abdul Rashid ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari Terengganu, dan isterinya, Tengku Kembang Puteri binti Almarhum Sultan Ibrahim dari Kelantan.