Universiti Nasional Singapura
From Wikipedia, the free encyclopedia
Universiti Nasional Singapura (bahasa Inggeris: National University of Singaporecode: en is deprecated , disingkatkan kepada NUS; Cina Ringkas: 新加坡国立大学code: zh is deprecated ; pinyin: Xīnjiāpō Guólì Dàxué; Tamil: சிங்கப்பூர் தேசிய பல்கலைக்கழகம்) ialah universiti yang tertua di Singapura dan masih merupakan universiti yang terbesar di negara itu dari segi bilangan pendaftaran pelajar serta kurikulum yang ditawarkan. Sejak 1 April 2006, universiti ini yang merupakan universiti menyeluruh dan berpenyelidikan intensif telah menjadi sebuah syarikat universiti bukan untung yang berhad dengan jaminan.
Nama lama | Straits Settlements and Federated Malay States Government Medical School (1905–1921) King Edward VII College of Medicine (1921–1949) Universiti Malaya kampus Singapura (1949–1962) Universiti Singapura (1962–1980) Universiti Nanyang (1956–1980) Universiti Kebangsaan Singapura (1980-kini) |
---|---|
Moto | Ke arah Perusahaan Ilmu Sejagat (Towards a Global Knowledge Enterprise) |
Jenis | Universiti autonomi[1] |
Ditubuhkan pada | 1905; 119 tahun yang lalu (1905) (King Edward VII College of Medicine) 8 Ogos 1980; 43 tahun yang lalu (1980-08-08) (National University of Singapore) |
Pembiayaan | S$4.39 bilion (2019)[2] ≈ USD3.15 bilion |
Canselor | Halimah Yacob |
Presiden | Tan Eng Chye |
Provos | Ho Teck Hua |
Staf akademik | 2,555 (2018)[3] |
Pelajar | 35,908 org (2018)[3] |
Siswazah | 27,604 org |
Ijazah/Sarjana | 8,304 org |
Lokasi | 1°17′44″N 103°46′36″E |
Kampus | Urban 150 he (0.58 bt2) |
Warna | Jingga & biru |
Penggabungan | ACU, IARU, APRU, Universitas 21, GEM4, AUN, ASAIHL, NUS High School of Mathematics and Science, Association of Professional Schools of International Affairs, Washington University in St. Louis McDonnell International Scholars Academy,[4] UAiTED |
Laman sesawang | www |
Kampus utama Universiti Nasional Singapura ialah kampus Kent Ridge yang terletak di barat daya Singapura di Kent Ridge. Dibatasi oleh Jalan Ekspres Ayer Rajah (AYE), Jalan Clementi, Jalan Buona Vista, dan Taman Kent Ridge, luasnya kampus tersebut di sekitar 150 hektar. Kampus Bukit Timah menampung pusat pengajian undang-undang, manakala Pengajian Pengajian Perubatan Sisawah Duke-NUS terletak di kampus Outram.
NUS merayakan hari jadi ke-100 pada tahun 2005. Sebagai perayaan untuk peristiwa yang penting ini, universiti tersebut mengadakan perayaan seratus tahun selama setahun yang berakhir pada 15 Julai 2006.
Dalam arena sejagat, NUS memainkan peranan yang aktif dalam perkongsian dan perikatan antarabangsa, termasuk:
- bertindak sebagai sekretariat Persatuan Universiti-unversiti Lingkaran Pasifik (APRU)
- ahli pengasas Universitas 21
- ahli Perikatan Antarabangsa Universiti-universiti Penyelidikan (IARU)
- ahli Perikatan Universiti Shanghai, Seoul, dan Singapura (S3UA).