Alphonse Areola
From Wikipedia, the free encyclopedia
Alphonse Francis Areola (Perancis: [alfɔ̃s aʁeɔla];[4] lahir 27 Februari 1993) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi penjaga gol untuk West Ham dan pasukan kebangsaan Perancis.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Alphonse Francis Areola[1] | ||
Tarikh lahir | (1993-02-27) 27 Februari 1993 (umur 31)[2] | ||
Tempat lahir | Paris, Perancis | ||
Ketinggian | 1.95 m (6 ka 5 in)[3] | ||
Posisi permainan | Penjaga gol | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | West Ham United | ||
Nombor | 23 | ||
Kerjaya remaja | |||
1999–2006 | Petits Anges | ||
2006–2012 | Paris Saint-Germain | ||
2008–2009 | → INF Clairefontaine (pinjam) | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2010–2013 | Paris Saint-Germain B | 57 | (0) |
2013–2022 | Paris Saint-Germain | 75 | (0) |
2013–2014 | → Lens (pinjam) | 35 | (0) |
2014–2015 | → Bastia (pinjam) | 35 | (0) |
2015–2016 | → Villarreal (pinjam) | 32 | (0) |
2019–2020 | → Real Madrid (pinjam) | 4 | (0) |
2020–2021 | → Fulham (pinjam) | 36 | (0) |
2021–2022 | → West Ham United (pinjam) | 1 | (0) |
2022– | West Ham United | 13 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2008–2009 | Perancis B16 | 14 | (0) |
2009–2010 | Perancis B17 | 10 | (0) |
2010–2011 | Perancis B18 | 4 | (0) |
2011–2012 | Perancis B19 | 8 | (0) |
2012–2013 | Perancis B20 | 16 | (0) |
2013–2014 | Perancis B21 | 9 | (0) |
2018– | Perancis | 5 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17:01, 30 September 2023 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 25 September 2022 |
Sebagai pemain lepasan akademi PSG, beliau menghabiskan babak awal kerjayanya dengan menjadi pemain pinjaman dan menikmatinya di kelab Lens, Bastia dan Villarreal. Ketika bersama Villarreal, Areola telah memecahkan rekod kelab iaitu rekod beraksi tanpa dibolosi jaringan gol selama 620 minit. Beliau kembali ke PSG pada tahun 2016 sebelum melakukan 100 kemunculan untuk kelab. Pada 2019, eliau menyertai Real Madrid.
Beliau juga mewakili Perancis di pelbagai peringkat umur dan sebahagian daripada skuad Perancis yang memenangi kejohanan Piala Dunia B-20 FIFA 2013 dan Piala Dunia FIFA 2018.