Anjing pemburu rubah
jenis anjing / From Wikipedia, the free encyclopedia
Anjing pemburu rubah atau foxhound[lower-alpha 1] ialah sejenis hound pemburu besar yang dibiakbakakan untuk naluri perburuan kuat, deria bau tajam, dan salakan, tenaga, dorongan, dan kelajuannya.[1] Dalam pemburuan rubah, kawanan anjing pemburu rubah menjejak buruan, yang diikuti—biasanya secara berkuda—oleh pemburu, kadang-kadang sejauh beberapa batu; lebih-lebih lagi, anjing pemburu rubah juga kadang-kadang menjaga biri-biri dan rumah.
Terdapat pelbagai baka anjing pemburu rubah, yang masing-masing mempunyai ciri dan penampilan sedikit berbeza, dan setiap satunya kerap dipanggil foxhound di negara asal masing-masing:
- Anjing pemburu rubah Amerika
- Anjing pemburu rubah hitam dan sawo matang Dumfriesshire (pupus)
- Anjing pemburu rubah Inggeris
- Anjing pemburu rubah Wales
American Masters of Foxhounds Association ("Persatuan Tuan Anjing Pemburu Rubah Amerika") mengiktiraf baka anjing pemburu rubah ini: Amerika, Penn-Marydel, Inggeris, dan anjing pemburu rubah baka silang.[2] International Foxhound Association ("Persatuan Anjing Pemburu Rubah Antarabangsa") diwujudkan pada tahun 2012 untuk promosi antarabangsa bagi anjing pemburu rubah sebagai baka.[3]