Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Kebangsaan Korea Selatan (Republik Korea) / From Wikipedia, the free encyclopedia
Asiana Airlines Inc. (Hangul: 아시아나 항공; RR: Asiana Hanggong; dahulunya Seoul Airlines) (KSE: 020560) adalah satu diantara dua syarikat penerbangan utama Korea Selatan bersama dengan Korean Air. syarikat penerbangan ini juga merupakan syarikat penerbangan pembawa bendera Nasional Korea Selatan dan satu-satunya syarikat penerbangan bertaraf 5 bintang di Korea Selatan. Asiana mempunyai ibu pejabat di bangunan Bandar Asiana di Seoul.[2] Pada Tahun 2019, ia merangkumi 25% bahagian pasaran antarabangsa dan 20% bahagian dalam pasaran domestik. [3] Syarikat penerbangan ini mempunyai hab antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di bandar Incheon yang bertaraf dunia dan hab domestiknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo di bandaraya Seoul dan hab lainnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di bandar Busan.
| |||||||
Ditubuhkan | 17 Februari 1988; 36 tahun yang lalu (1988-02-17) (sebagai Seoul Airlines) | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Bermula operasi | 23 Disember 1988; 35 tahun yang lalu (1988-12-23) | ||||||
Hab | |||||||
Bandar tumpuan | |||||||
Program kesetiaan | Asiana Club | ||||||
Perikatan | Star Alliance | ||||||
Subsidiari | |||||||
Pesawat | 83 (jumlah keseluruhan armada untuk masa kini) | ||||||
Destinasi | 159 (jumlah keseluruhan destinasi) 97 (tidak termasuk destinasi yang ditamatkan, destinasi musiman dan termasuk destinasi kargo) | ||||||
Syarikat induk | Kumpulan Kumho Asiana (1988 ~ Kini) | ||||||
Diniagakan sebagai | KSE: 020560 | ||||||
Ibu pejabat | Osoe-dong, Gangseo-gu, Seoul, Korea Selatan | ||||||
Orang penting |
| ||||||
Pendapatan | ▲ KRW ₩ 5,552 bilion (2015)[1] | ||||||
Pekerja | 10,380 (2015) | ||||||
Laman web | flyasiana flyasiana |
Hangul | 아시아나항공code: ko is deprecated |
---|---|
Hanja | 아시아나航空code: ko is deprecated |
Perumian Semakan | Asiana Hanggong |
McCune–Reischauer | Asiana Hanggong |
Sebagai ahli Star Alliance, ia mengendalikan 90 laluan penumpang antarabangsa, 14 laluan kargo (pengangkutan barang) domestik dan 27 di seluruh Asia, Eropah, Amerika Utara, dan Oceania. [4] Sehingga Bulan Disember Tahun 2014, syarikat ini menggaji sebanyak 10,183 orang. Majoriti juruterbang, kakitangan darat dan pramugari Asiana berpusat di Seoul. Syarikat Penerbangan Asiana Airlines ialah pemegang saham terbesar di Syarikat Penerbangan Air Busan, syarikat penerbangan tambang rendah serantau dengan Busan Metropolitan City (Bandaraya Metropolitan Busan). Syarikat penerbangan ini juga memegang bahagian sebanyak 100% di dalam Syarikat Penerbangan Air Seoul, anak syarikat dan syarikat penerbangan tambang rendahnya sendiri. Syarikat penerbangan ini mempunyai hab domestik di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo (Seoul) dan hab antarabangsanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon (70 kilometer (43 Batu) dari pusat Bandaraya Seoul).