Bahasa Yiddish
From Wikipedia, the free encyclopedia
Yiddish (ייִדישcode: yi is deprecated yidish or אידישcode: yi is deprecated idish, secara harfiah: "Yahudi") merupakan satu Bahasa Jermanik tanpa wilayah, dituturkan di seluruh dunia dan ditulis dalam Abjad Ibrani. Bahasa ini berasal daripada budaya Ashkenaz yang berkembang sejak kira-kira abad ke-10 di Rhineland, dan tersebar ke Eropah Tengah dan Eropah Timur, dan akhirnya ke benua lain. Dalam rujukan terawal yang masih ada, bahasa ini digelar sebagai לשון ־ אַשכּנזcode: yi is deprecated (loshn-ashkenaz = "Bahasa Ashkenaz") dan טײַטשcode: yi is deprecated (taytsh, satu variasi tiutsch, kini dipanggil Jerman Tinggi Tengah; berbanding dengan Jerman Tinggi Baru moden atau Deutsch). Dalam penggunaan umum, bahasa ini digelar sebagai מאַמע־לשוןcode: yi is deprecated (mame-loshn = "Bahasa ibunda"), membezakannya dengan Bahasa Ibrani Kitab dan Bahasa Aramia yang kedua-duanya dipanggil לשון־קודשcode: yi is deprecated (loshn-koydesh = "bahasa suci"). Istilah Yiddish tidak menjadi gelaran yang paling kerap dalam sastera bahasa ini hingga abad ke-18. Dalam bahagian yang penting dalam sejarah bahasa ini, bahasa ini merupakan bahasa penuturan utama Yahudi Ashkenazi dan mempunyai lingkungan loghat yang luas daripada "Yiddish Barat" hingga ke tiga kumpulan utama dalam "Yiddish Timur". Perbezaan yang utama antara kedua-dua Yiddish ini ialah kemasukan perkataan yang berasal daripada Bahasa Slavik secara meluas dalam loghat-loghat Timur. Sedangkan Yiddish Barat mempunyai sedikit penutur yang tinggal, loghat-loghat Timur masih dalam penggunaan yang meluas.
Bahasa Yiddish | |
---|---|
ייִדישcode: yi is deprecated yidish | |
Sebutan | /ˈjidiʃ/ |
Asli kepada | Amerika Syarikat, United Kingdom, Lithuania, Rusia, Israel, Ukraine, Moldova, Belarus, Belgium, Jerman, Kanada, Brazil, Argentina, Mexico, Australia dan lain-lain. |
Penutur bahasa | 3 juta[1] |
Indo-European
| |
menggunakan Abjad berasaskan abjad Ibrani | |
Status rasmi | |
Bahasa rasmi di | Wilayah autonomi Yahudi di Rusia (hanya de jure); bahasa minoriti yang diiktirafkan secara rasmi di Sweden, Belanda, Israel, dan Moldova |
Dikawal selia oleh | tiada perbadanan rasmi; YIVO de facto |
Kod bahasa | |
ISO 639-1 | yi |
ISO 639-2 | yid |
ISO 639-3 | Pelbagai:yid – Yiddish (umum)ydd – Yiddish Timuryih – Yiddish Barat |
Sejarah umum dan status Bahasa Yiddish dibincangkan seperti berikut, dengan maklumat lanjut yang diberikan dalam siri rencana berlainan berikut:
- Loghat-loghat Bahasa Yiddish – dituturkan di kawasan yang berlainan di Eropah
- Morfologi Bahasa Yiddish – Maklumat lanjut bahasa dari segi struktur
- Ortografi Bahasa Yiddish – tulisan
- Fonologi Bahasa Yiddish – unsur-unsur bahasa dalam bentuk lisan
Bahasa Yiddish juga digunakan untuk budaya Ashkenaz, seperti Masakan Yiddish dan Muzik Yiddish.