Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin
Pertubuhan politik dan ketenteraan palestin / From Wikipedia, the free encyclopedia
Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin (Bahasa Arab: الجبهة الشعبية لتحرير فلسطين, al-Jabhah al-Sha`biyyah li-Tahrīr Filastīn) adalah parti dan organisasi sayap kiri yang menjadi anggota dari Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Barisan ini ditubuhkan pada 11 Disember 1967 sebagai perluasan cawangan Palestin daripada Gerakan Nasionalis Arab, yang runtuh selepas kekalahan Perang Enam Hari.
Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin الجبهة الشعبية لتحرير فلسطين | |
---|---|
Singkatan | PFLP |
Setiausaha agung | Abu Ali Mustafa (-2001) Ahmad Sa'adat (2001-sekarang) |
Pengasas | Dr. George Habash |
Ditubuhkan | 11 Disember 1967; 56 tahun yang lalu (1967-12-11) |
Ibu pejabat | Damsyik, Syria |
Sayap separa tentera | Briged Abu Ali Mustafa |
Ideologi |
|
Kedudukan politik | Jauh kiri |
Penggabungan serantau | Pertubuhan Pembebasan Palestin Perikatan Demokratik |
Penggabungan antarabangsa | Seminar Komunis Antarabangsa (tidak berfungsi) Paksi Penentangan |
Majlis Perundangan Palestin | 3 / 128
|
Laman sesawang | |
pflp.ps | |
Politik Negara Palestin Parti politik Pilihan raya |
PFLP ini diasaskan dengan mesyuarat pimpinan cawangan Palestin dari Gerakan Nasionalis Arab; antara lain Dr. George Habash, Mustafa Al Zubairi yang masyhur dikenal sebagai Abu Ali Mustafa, Wadie Haddad, Ahmad Hussein Al Yamani, Hussein Hammoud (Abu Assad), Nayef Hawatmeh yang kemudian keluar dan mengasaskan Barisan Demokratik untuk Pembebasan Palestin (DFLP), dan Muhammad Al Qadi yang bersara pada pertengahan dekad 1970-an. Pimpinan Gerakan Nasionalis Arab ini bertemu dengan pimpinan kumpulan Palestin yang lain, yakni seperti Barisan Pembebasan Palestin (dengan Ahmed Jibril yang kemudian keluar untuk menubuhkan Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin – Perintah Am (PFLP–GC)), dan beberapa orang bebas.[3]
Barisan memulakan tindakan tentera berdasarkan pandangan bahawa rakyat Palestin harus bergantung kepada pasukan mereka sendiri untuk membebaskan Palestin selepas kekalahan rejim Arab dalam perang 1967, dan dipengaruhi oleh pengalaman gerila dalam gerakan pembebasan antarabangsa seperti pengalaman Vietnam dan Cuba.[4]