Ben White
From Wikipedia, the free encyclopedia
Benjamin William White (lahir 8 Oktober 1997) ialah pemain bola sepak profesional England yang beraksi sebagai pertahanan untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan pasukan kebangsaan England. Walaupun posisi beliau lebih kepada bek tengah, beliau juga boleh bermain sebagai bek kanan.[4]
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Benjamin William White[1] | ||
Tarikh lahir | (1997-10-08) 8 Oktober 1997 (umur 26)[2] | ||
Tempat lahir | Poole, England | ||
Ketinggian | 6 kaki 1 inci (1.86 m)[3] | ||
Posisi permainan | Pertahanan | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Arsenal | ||
Nombor | 4 | ||
Kerjaya remaja | |||
2006–2014 | Southampton | ||
2014–2016 | Brighton & Hove Albion | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2016–2021 | Brighton & Hove Albion | 36 | (0) |
2017–2018 | → Newport County (pinjam) | 42 | (1) |
2019 | → Peterborough United (pinjam) | 15 | (1) |
2019–2020 | → Leeds United (pinjam) | 46 | (1) |
2021– | Arsenal | 77 | (3) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2021– | England | 4 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17:20, 30 September 2023 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:04, 29 Mac 2022 (UTC) |
White telah memulakan kariernya pada usia 18 tahun bersama kelab Brighton & Hove Albion. Beliau kemudiannya dipinjamkan ke kelab-kelab seperti Newport County, Peterborough United dan Leeds United antara tahun 2016 dan 2019. Beliau seterusnya beraksi di empat liga di England dan menjuarai Liga Kejuaraan bersama Leeds. Selepas satu musim bersama Brighton semula, beliau menjadi pemain pertahanan termahal kelab apabila beliau dijualkan ke Arsenal pada tahun 2021 dengan nilai perpindahan sebanyak £50 juta.
White melakukan debut untuk skuad senior England pada tahun 2021 sewaktu beliau berusia 23 tahun. Beliau merupakan sebahagian daripada skuad England yang layak ke kejohanan UEFA Euro 2020 dan Piala Dunia FIFA 2022.