Bir
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bir adalah minuman beralkohol tertua di dunia[1] dan paling meluas diminum[2] serta minuman ketiga paling disukai keseluruhan selepas air dan teh.[3] Ia dihasilkan dengan mendidih dan menapai kanji, kebanyakan kanji mentah ini lazim diperolehi dari bijirin— barli malt paling umum namun gandum, jagung, dan beras juga digunakan secara meluas.
Kebanyakan bir mendapat perisanya tersendiri daripada penambahan sejenis bahan tumbuhan khusus iaitu hop yang menambah kepahitan serta berperanan sebagai pengawet semula jadi, perisa lain seperti herba atau buah mungkin sekali-sekala digunakan. Minuman beralkohol yang menyuling selepas penapaian atau ditapai daripada sumber tidak berkanji seperti jus anggur (wain) atau madu (wain madu) tidak dikelas sebagai bir.