Buldog Inggeris
baka anjing dari England, United Kingdom / From Wikipedia, the free encyclopedia
Buldog Inggeris[lower-alpha 1] atau hanya buldog[lower-alpha 2] ialah satu baka anjing British daripada jenis mastif. Ia mungkin juga dikenali sebagai buldog British.[lower-alpha 3] Ia merupakan anjing berotot bersaiz sederhana dengan berat sekitar 40–55 lb (18–25 kg). Ia mempunyai kepala besar dengan lipatan kulit tebal di sekitar muka dan bahu dan muka agak rata dengan rahang bawah menjulur. Baka ini mempunyai isu kesihatan ketara akibat pembiakbakaan untuk penampilan distingtifnya, termasuk brakisefalia, displasia pinggul, kepekaan haba, dan jangkitan kulit. Oleh sebab kebimbangan tentang kualiti hidupnya, pembiakbakaan buldog Inggeris diharamkan di Norway dan di Belanda.
Nama lain | Buldog Buldog British | ||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | England[1] | ||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
Catatan | Haiwan kebangsaan United Kingdom | ||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Buldog moden dibiakbakakan sebagai anjing teman daripada buldog lama Inggeris, baka yang kini pupus yang digunakan untuk pengumpanan lembu, apabila sukan ini diharamkan di England di bawah Akta Kekejaman terhadap Haiwan. The Bulldog Club (di England) ditubuhkan pada tahun 1878 dan Bulldog Club of America ditubuhkan pada tahun 1890. Walaupun kerap digunakan sebagai lambang kebengisan dan keberanian, buldog moden pada umumnya anjing ramah dan mesra. Buldog kini umumnya dibela sebagai anjing peliharaan; pada tahun 2013, ia menempati tangga kedua belas dalam senarai baka paling kerap didaftarkan di seluruh dunia.[2]