Cafu
From Wikipedia, the free encyclopedia
Marcos Evangelista de Morais (lahir 7 Jun 1970), lebih dikenali sebagai Cafu [kaˈfu], merupakan seorang bekas pemain bola sepak Brazil yang bermain di posisi bek kanan. Dengan 142 kemunculan untuk pasukan kebangsaan Brazil, Cafu diangkat menjadi pemain melakukan kemunculan terbanyak buat pasukan Brazil sepanjang zaman. Beliau mewakili pasukan kebangsaannya ke empat edisi Piala Dunia antara tahun 1994 dan 2006 dan beliau turut satu-satunya pemain tampil dalam tiga aksi perlawanan akhir berturut-turut. Sepanjang empat penyertaan Piala Dunia, beliau berjaya meraih dua daripadanya iaitu pada edisi 1998 dan 2002. Selain itu, beliau mengambil bahagian dalam empat penyertaan Copa América dan merangkul dua kejohanan daripadanya pada tahun 1997 dan 1999. Sementara itu, beliau sebahagian daripada skuad Brazil yang menjulang trofi Piala Konfederasi pada 1997.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Marcos Evangelista de Morais | ||
Tarikh lahir | (1970-06-07) 7 Jun 1970 (umur 53) | ||
Tempat lahir | São Paulo, Brazil | ||
Ketinggian | 1.76 m (5 ka 9 5⁄16 in) | ||
Posisi permainan | Bek kanan | ||
Kerjaya remaja | |||
1988–1990 | São Paulo | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1990–1994 | São Paulo | 95 | (6) |
1994–1995 | Real Zaragoza | 16 | (0) |
1995 | Juventude | 2 | (0) |
1995–1997 | Palmeiras | 35 | (0) |
1997–2003 | Roma | 163 | (5) |
2003–2008 | Milan | 119 | (4) |
Jumlah | 430 | (15) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1990–2006 | Brazil | 142 | (5) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Di peringkat kelab, Cafu menjuarai beberapa kejuaraan domestik dan antarabangsa ketika meneruskan kariernya di Brazil, Sepanyol dan Itali. Sepanjang kariernya, Cafu pernah menyertai São Paulo, Roma, Milan, Real Zaragoza, Juventude dan Palmeiras. Beliau dianggap salah satu pertahanan terhebat dalam Serie A[1][2] dan salah satu pemain Brazil terhebat pada eranya. Pada tahun 1994, Cafu dinamakan sebagai Pemain Terbaik Amerika Selatan dan seterusnya pada 2004, beliau disenaraikan Pelé dalam FIFA 100, iaitu 125 pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman dalam satu majlis Anugerah FIFA.