Clarence Seedorf
From Wikipedia, the free encyclopedia
Clarence Clyde Seedorf (Sebutan Belanda: [ˈklɛrəns ˈseːdɔrf] ( listen); lahir 1 April 1976) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Belanda dan kini merupakan seorang pengurus bagi kelab Shenzhen yang beraksi di Liga China. Seedorf dianggap salah satu pemain tengah terbaik di kalangan generasinya dan pada tahun 2004, beliau dipilih Pelé dalam senarai FIFA 100. Beliau telah meraih kejuaraan domestik dan antarabangsa bersama kelab-kelab yang diwakilinya di Belanda, Sepanyol, Itali dan Brazil.[1] Beliau juga merupakan salah satu pemain cemerlang dalam sejarah Liga Juara-Juara. Seedorf turut hanya pemain pertama mampu meraih Liga Juara-Juara semasa bermain untuk tiga kelab berlainan iaitu ketika di Ajax pada 1995, di Real Madrid pada tahun 1998 dan dua kali sewaktu bersama Milan pada tahun 2003 dan 2007.[2][3]
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Clarence Clyde Seedorf | ||
Tarikh lahir | (1976-04-01) 1 April 1976 (umur 48) | ||
Tempat lahir | Paramaribo, Suriname | ||
Ketinggian | 1.77 m (5 ka 9 11⁄16 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Shenzhen (pengurus) | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1992–1995 | Ajax | 65 | (11) |
1995–1996 | Sampdoria | 32 | (3) |
1996–1999 | Real Madrid | 121 | (15) |
2000–2002 | Inter Milan | 64 | (8) |
2002–2012 | Milan | 300 | (48) |
2012–2014 | Botafogo | 58 | (15) |
Jumlah | 656 | (110) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1994–2008 | Belanda | 87 | (11) |
Pasukan diurus | |||
2014 | Milan | ||
2016– | Shenzhen | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Di peringkat antarabangsa, beliau mewakili pasukan kebangsaan Belanda ke tiga edisi Kejohanan Eropah dan satu edisi Piala Dunia. Sejak beliau bersara dari pasukan kebangsaan pada 2008, beliau telah beraksi dalam 87 perlawanan antarabangsa dan menjaringkan sebelas gol.