Colt M4
From Wikipedia, the free encyclopedia
Raifal tempur Colt M4 ini merupakan senjata raifal terkini buatan Amerika Syarikat. Secara asasnya, senjata versi karbin yang merupakan peningkatan daripada senjata raifal gempur Colt M16 dan CAR-15 dicipta di bawah agensi persenjataan yang sama, Colt Firearms dan Armalite.
Colt M4 | |
---|---|
Jenis | Raifal Gempur / Karbin |
Tempat asal | Amerika Syarikat |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 1994 - Kini |
Digunakan oleh | Sila lihat pengguna |
Perang | |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | Colt Firearms dan Armalite |
Direka | 1988 - 1994 |
Pengeluar | Colt Firearms |
Dihasilkan | 1994 - Kini |
Aneka | M4A1, (CQBR) |
Spesifikasi | |
Berat | 2.52 Kilogram (5.56 lb) tanpa peluru; 3.0 kg (6.6 lb) dengan kelopak 30 butir peluru |
Panjang | 757 mm (29.8 in) (Udi berlaras), 838 mm (33 in) (Udi Dibuka) |
Panjang laras | 368.3 mm (14.5 in) |
Lebar | 30 mm / 1.18 in |
Krew | Polis, tentera dan pasukan elit |
Kartrij | 5.56 x 45 mm NATO |
Kaliber | 5.56 mm (.223 Remington) |
Aksi | Bolt berputar, sistem gas |
Kadar tembakan | 700-950 tembakan/min |
Halaju muncung | 270 m/s (886 k/s) |
Jarak tembakan efektif | 150 m/s |
Jarak tembakan maksimum | 300 m/s |
Sistem suapan | Kelopak peluru 20 hingga 30 butir |
Senjata ini paling ringan dan berukuran sederhana sepertimana versi yang ada pada raifal Colt M16A2, mempunyai 80% kelengkapan dengan M16A2. Karbin M4 ini mempunyai versi mod tembakan dwi pilihan, seperti separa automatik (semi) dan tembakan 3 semburan (burst), sebaliknya M4A1 mempunyai sistem tembakan semburan sepenuhnya (auto) yang diletakkan dibawah mod yang sama; Burst. Tidak sama dengan laras M16, laras M4 mempunyai ketebalan maksima bagi mengurangkan kepanasan semasa menjalankan tembakan semburan dalam jangkamasa yang lama.