Copa América Centenario
From Wikipedia, the free encyclopedia
Copa América Centenario, yang disebut dalam bahasa Inggeris sebagai 2016 Centennial Copa America,[2] adalah kejohanan bola sepak antarabangsa lelaki yang akan diadakan di Amerika Syarikat pada tahun 2016. Pertandingan ini adalah untuk merayakan seratus tahun penubuhan CONMEBOL dan Copa América, dan ia menjadi kali pertama Copa América dihoskan di luar Amerika Selatan.[3]
Centennial Copa America[1] | |
---|---|
Perincian kejohanan | |
Negara tuan rumah | Amerika Syarikat |
Tarikh | 3 Jun – 26 Jun 2016 |
Pasukan | 16 (dari 2 konfederasi) |
Tempat | 10 (di 10 bandar) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | Chile (Kejuaraan Ke-2) |
Naib Juara | Argentina |
Tempat Ketiga | Colombia |
Tempat Keempat | Amerika Syarikat |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 32 |
Jaringan gol | 91 (2.84 per perlawanan) |
Kehadiran | 1,483,855 (46,370 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Eduardo Vargas (6 gol) |
Pemain terbaik | Alexis Sánchez |
Penjaga gol terbaik | Claudio Bravo |
Anugerah Permainan Bersih | Argentina |
← 2015 2019 →
Semua statistik tepat pada 26 Jun 2016. |
Kejohanan ini diadakan adalah sebagai sebahagian daripada perjanjian antara CONMEBOL (Persekutuan bola sepak Amerika Selatan) dan CONCACAF (Konfederasi bola sepak untuk Amerika Utara dan Tengah dan Caribbean) sebagai edisi khas Copa América (100 sejak ditubuhkan pada tahun 1916) di antara kitaran empat tahun yang biasa, dan akan menampilkan hanya 16 pasukan sahaja yang layak menyertai (peningkatan dari yang biasa 12), dengan sepuluh pasukan dari CONMEBOL dan enam pasukan dari CONCACAF.
Pemenang kejohanan ini tidak akan menerima tempat ke Piala Konfederasi FIFA 2017, kerana Chile telah pun layak sebagai pemenang kejohanan Copa América edisi ke 2015.