Duta Khas Perdana Menteri Malaysia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Duta Khas Perdana Menteri Malaysia (Inggeris: Special Envoy of the Prime Minister of Malaysia) atau juga dirujuk sebagai Duta Khas Malaysia merupakan individu, kebiasaannya ahli politik, yang dilantik dengan peranan khusus bagi memperkukuh hubungan Malaysia dengan negara-negara berkaitan melibatkan kepentingan ekonomi dan persamaan kebudayaan[1].
Duta Khas Perdana Menteri Malaysia | |
---|---|
Penyandang Abdul Hadi Awang (2 April 2020) Tiong King Sing (20 April 2020) Richard Riot Jaem (16 Mei 2020) | |
Gelaran | Yang Berhormat |
Anggota bagi | Pejabat Perdana Menteri Malaysia |
Lapor kepada | Perdana Menteri Malaysia |
Bidang kuasa | Malaysia |
Dilantik oleh | Perdana Menteri Malaysia |
sunting · sunting di Wikidata |
Jawatan ini berlainan dengan pelantikan Duta Besar atau Pesuruhjaya Tinggi, kerana tidak dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara, tetapi dilantik secara langsung oleh ketua kerajaan (eksekutif) negara, Perdana Menteri Malaysia[2]. Mereka kerap dilantik setaraf jawatan Menteri.[3] Duta Khas kebiasaanya mempunyai sebuah pasukan pegawai yang mempunyai empat hingga lapan orang individu, kebiasaannya merangkumi setiausaha sulit kanan, pegawai khas, dua orang pembantu khas dan pegawai keselamatan pengiring[1][4][5].