Enggang badak
From Wikipedia, the free encyclopedia
Enggang badak (Jawi: اڠݢڠ بادقcode: ms is deprecated , bahasa Inggeris: Rhinoceros Hornbillcode: en is deprecated ) ialah salah satu daripada burung-burung enggang terbesar di dunia, yang mana burung dewasa boleh mencecah panjang 110-127 cm (43-50 inci) dan berat 2-3 kg (4.4-6.6 paun). Ia hanya terdapat di dalam hutan hujan tropika dari dataran rendah sehingga ke kawasan pergunungan tidak melebihi 1300 m dari paras laut.[3]
Enggang Badak اڠݢڠ بادق | |
---|---|
Sepasang enggang badak di Zoo Singapura | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Bucerotiformes |
Keluarga: | Bucerotidae |
Genus: | Buceros |
Spesies: | B. rhinoceros |
Nama binomial | |
Buceros rhinoceros Linnaeus, 1758 | |
Nama saintifiknya ialah Buceros rhinoceros. [4] Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar yang terdapat di Tanah Melayu. [5] Ia juga pernah direkodkan oleh Alfred Russel Wallace di Sarawak pada tahun 1855, semasa lawatan beliau ke pulau Borneo.[6]. Di Sarawak, spesies ini dikenali sebagai Kenyalang.[7] Ia merupakan burung rasmi negeri Sarawak.[8] Dalam kepercayaan adat sesetengah penduduk Dayak termasuk orang Iban, burung Enggang Badak atau Kenyalang mewakili dewa perang mereka iaitu Sengalang Burong yang merupakan jelmaan Helang Merah.