Erling Haaland
From Wikipedia, the free encyclopedia
Erling Braut Haaland (lahir Julai 21 1990) ialah pemain bola sepak profesional Norway yang bermain sebagai penyerang bagi Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris dan pasukan kebangsaan Norway. Dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia, beliau terkenal dengan kemahiran atletik, kepantasan dan gaya penyudahannya.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Erling Braut Haaland[1] | ||
Tarikh lahir | (1990-07-21) 21 Julai 1990 (umur 33)[2] | ||
Tempat lahir | Leeds, Fredrikstad, Norway | ||
Ketinggian | 1.95 m (6 ka 5 in)[3] | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Manchester City | ||
Nombor | 9 | ||
Kerjaya remaja | |||
2005–2016 | Bryne | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2015–2016 | Bryne 2 | 14 | (18) |
2016–2017 | Bryne | 16 | (0) |
2017 | Molde 2 | 4 | (2) |
2017–2019 | Molde | 39 | (14) |
2019–2020 | Red Bull Salzburg | 16 | (17) |
2020–2022 | Borussia Dortmund | 67 | (62) |
2022– | Manchester City | 63 | (61) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2015–2017 | Norway B18 | 32 | (13) |
2018–2019 | Norway B21 | 14 | (17) |
2019– | Norway | 31 | (27) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 4 Mei 2024 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 26 Mac 2024 (UTC) |
Melalui sistem remaja, Haaland bermain dalam peringkat senior untuk pasukan simpanan dan senior Bryne. Beliau berpindah ke Molde pada 2017 (juga bermain bagi pasukan simpanan mereka), selama dua musim. Haaland menandatangani kontrak dengan kelab Bundesliga Austria, Red Bull Salzburg pada Januari 2019, memenangi dua kejuaraan liga dan satu Piala Austria. Pada Disember 2019, dia berpindah ke kelab Bundesliga Jerman Borussia Dortmund, di mana beliau memenangi DFB-Pokal pada 2020–21.
Haaland memenangi beberapa anugerah individu dan memecahkan pelbagai rekod sepanjang kariernya. Dalam musim 2019–20 bersama Salzburg, beliau menjadi remaja pertama yang menjaringkan gol dalam lima perlawanan Liga Juara-Juara UEFA berturut-turut. Beliau adalah penjaring terbanyak Liga Juara pada musim berikutnya. Pada 2020, Haaland memenangi anugerah Orang Emas, manakala pada 2021 beliau dinamakan sebagai Pemain Terbaik Musim Bundesliga dan dimasukkan dalam FIFA FIFPro World11 pada 2021.
Haaland telah mewakili Norway dalam pelbagai peringkat belia. Dalam Piala Dunia B-20 FIFA 2019, beliau memenangi Kasut Emas kejohanan itu, selepas menjaringkan rekod sembilan gol dalam satu perlawanan. Beliau membuat penampilan sulung antarabangsa seniornya pada September 2019.