Gen
unit jasmani dan fungsi asas perwarisan / From Wikipedia, the free encyclopedia
Gen adalah jujukan linear genom DNA yang merupakan unit berfungsi pada kromosom atau plasmid. Keseluruhan maklumat dan sifat bagi struktur dan fungsi sesuatu organisma yang boleh diwarisi secara keturunan dikodkan dalam gennya.[1][2] Bagi sesetengah maklumat yang dikodkan oleh gen menentukan hanya satu ciri, tetapi sesetengah lokus (lokasi) bagi gen yang sama boleh membawa maklumat yang berlainan. Gen yang mempunyai maklumat yang berlainan pada lokus yang sama dinamakan alel.[3]
Hal ini mula diungkapkan dalam makalah berbahasa Jerman (Gen) ditulis ahli botani Denmak Wilhelm Johannsen tahun 1909 menerbitkan dari kata Pangene diakar Bahasa Yunani Kuno γόνος gonos "menjadikan" berkaitan dengan teori pangenesis diusulkan Charles Darwin.[4][5]