Grand Prix Amerika Syarikat 2005
From Wikipedia, the free encyclopedia
Grand Prix Amerika Syarikat 2005 merupakan salah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang paling berkontroversi dalam sejarah moden sukan tersebut. Ia diadakan pada 19 Jun, 2005 di Indianapolis Motor Speedway dan merupakan perlumbaan kesembilan pada musim 2005. 20 kereta menarik diri daripada perlumbaan ini, dan hanya enam kereta yang menggunakan tayar Bridgestone (Ferrari, Minardi dan Jordan) memulakan perlumbaan. Baki empat belas kemasukan, kesemuanya menggunakan tayar Michelin, melengkapkan pusingan formasi (dan secara teknikalnya telah mengambil bahagian dalam perlumbaan, dan mengelakkan hukuman), namun memasuki pit sebelum perlumbaan berakhir.
Maklumat perlumbaan | ||
---|---|---|
Perlumbaan ke-9 daripada 19 dalam Formula Satu musim 2005. | ||
Tarikh | 19 Jun 2005 | |
Nama rasmi | XXXIV Foster's United States Grand Prix | |
Lokasi | Indianapolis Motor Speedway Indianapolis, Indiana | |
Litar | Litar perlumbaan tetap 4.192 km (2.605 batu) | |
Jarak | 73 pusingan, 306.016 km (190.238 batu) | |
Cuaca | Mendung | |
Petak pertama | ||
Pemandu | Jarno Trulli | Toyota |
Masa | 1:10.625 | |
Pusingan terpantas | ||
Pemandu | Michael Schumacher | Ferrari |
Masa | 1:11.497 pada pusingan ke-48 | |
Podium | ||
Pertama | Michael Schumacher | Ferrari |
Kedua | Rubens Barrichello | Ferrari |
Ketiga | Tiago Monteiro | Jordan-Toyota |
|
Daripada enam pesaing, pemandu Ferrari, Michael Schumacher, memenangi perlumbaan ini di hadapan rakan sepasukan, Rubens Barrichello.[1] Tiago Monteiro mendapat podium pertama dan terakhirnya dalam Formula Satu selepas mendapat tempat ketiga untuk pasukan Jordan.