Grup Monsun
Formasi kapal selam Jerman semasa Perang Dunia Kedua / From Wikipedia, the free encyclopedia
Grup Monsun (Bahasa Jerman: Gruppe Monsun) ialah nama sepasukan kapal selam Jerman (U-boot) yang beroperasi di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi semasa Perang Dunia Kedua. Walaupun gaya penamaan yang sama digunakan bagi kumpulan-kumpulan sementara kapal selam yang beroperasi di Lautan Atlantik, tempoh operasi di Lautan Hindi yang berpanjangan menyebabkan nama tersebut kekal terkait dengan sebilangan kapal selam yang relatif kecil yang berpangkalan di Pulau Pinang, Tanah Melayu (kini Malaysia).[1]
Lautan Hindi merupakan satu-satunya tempat di mana angkatan-angkatan bersenjata Jerman dan Jepun bertempur dalam kancah yang sama. Beberapa perkiraan dibuat agar kapal-kapal selam Jerman dan Jepun tidak bertempur sesama sendiriākapal-kapal selam ditegah daripada menyerang kapal selam lain.[2] Kesemuanya, sebanyak 41 kapal selam pelbagai jenis, termasuk jenis pengangkut, dihantar; sebilangan besar hilang dan hanya sebilangan kecil sahaja berjaya pulang ke Eropah.[3][4]