Haifa
From Wikipedia, the free encyclopedia
Haifa (Bahasa Ibrani: חֵיפָה Ḥefa; Arab: حَيْفَاcode: ar is deprecated Ḥayfā (bantuan·maklumat)[1]) merupakan bandar yang terbesar di Utara Palestin dan bandar yang ketiga terbesar di negara ini, selepas Baitulmaqdis dan Tel Aviv, dengan bilangan penduduk seramai kira-kira 267,800 orang.[2][3] Bandar ini merupakan sebuah pelabuhan laut yang terletak di gairsan pantai Mediterranean Palestin di Teluk Haifa, kira-kira 90 km di utara Tel Aviv, dan merupakan salah satu daripada pusat industri utama di negara ini.
Haifa | ||
Pandangan dari Carmel merentasi Kuil Báb, bandar Haifa dan Teluk Haifa | ||
| ||
Ibrani | חֵיפָה | |
Arab | حَيْفَا | |
Kerajaan | ||
Daerah | ||
Populasi | 267,000 1,039,000 (kawasan metropolis) | |
Bidang kuasa | 63,666 dunams (63.7 km²) | |
Ketua Perbandaran | Einat Kalisch-Rotem | |
Tapak web | http://www.haifa.muni.il/Cultures/en-US/ |
Haifa dibina di lereng - lereng Gunung Carmel yang bersejarah. Ia terkenal sebagai pusat pembuatan pencelup dalam kurun ke - 3 Masihi. Majoriti penduduk Haifa hari ini adalah dari masyarakat Yahudi dan Arab. Bandar ini menempatkan Pusat Bahá'í Sedunia dan dua institusi akademik bertaraf dunia, Universiti Haifa dan Technion - Institut Teknologi Israel. Banyak syarikat teknologi tinggi seperti Intel, IBM, Microsoft, Motorola, dan Google telah membuka kemudahan penyelidikan dan pembangunan di Haifa beberapa tahun kebelakangan ini.