Iran
negara berdaulat di Asia Barat / From Wikipedia, the free encyclopedia
Iran (Parsi: ايرانcode: fa is deprecated Īrān) atau nama rasminya Republik Islam Iran (Parsi: جمهوری اسلامی ايرانcode: fa is deprecated , Jomhuriye Eslamiye Iran), juga dikenali sebagai Parsi di negara-negara barat, adalah sebuah negara di Asia Barat. Ia bersempadan dengan Armenia, Azerbaijan dan Turkmenistan di utara, Pakistan dan Afghanistan di sebelah timur, dan Turki dan Iraq (Kurdistan wilayah) di sebelah barat. Iran juga berkongsi Teluk Parsi dengan Kuwait, Iraq, Arab Saudi, Bahrain, Oman, Qatar dan juga Emiriah Arab Bersatu. Agama rasminya ialah Islam beraliran Syiah dan bahasa rasminya ialah Bahasa Parsi.
Republik Islam Iran | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: استقلال، آزادی، جمهوری اسلامیcode: fa is deprecated Esteqlāl, Āzādi, Jomhuri-ye Eslāmi (Untuk Kemerdekaan Kebebasan, Republik Islam) | |||||
Lagu kebangsaan: سرود ملی جمهوری اسلامی ایرانcode: fa is deprecated Sorud-e Melli-ye Jomhuri-ye Eslāmi-ye Irān | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Tehran 35°41′N 51°25′E | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Parsi | ||||
Kumpulan etnik | |||||
Kerajaan | Republik Islam | ||||
Ali Khamenei | |||||
• Presiden | Mohammad Mokhber | ||||
• Naik Presiden | Mohammad Mokhber | ||||
• Ketua Parlimen | Mohammad Bagher Ghalibaf | ||||
• Ketua Hakim Negara | Gholam-Hossein Mohseni-Eje'i | ||||
Badan perundangan | Majlis Perundingan Islam | ||||
Sejarah Penubuhan | |||||
s. 678 BC | |||||
550 BC | |||||
247 BC | |||||
224 AD[1] | |||||
• Dinasti Buyid | 934 | ||||
• Safavid Iran | 1501[2] | ||||
• Dinasti Afsharid | 1736 | ||||
• Dinasti zand | 1751 | ||||
• Qajar Iran | 1796 | ||||
• Pahlavi Iran | 15 December 1925 | ||||
11 February 1979 | |||||
• Perlembagaan Iran | 3 December 1979 | ||||
• perlembagaan Iran 1989 | 28 July 1989 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 1,648,195 km2 (636,372 bt2) (17th) | ||||
1.63 (as of 2015)[3] | |||||
Penduduk | |||||
• Perkiraan 2019 | 83,183,741[4] (17th) | ||||
48/km2 (124.3/sq mi) (162nd) | |||||
KDNK (PPP) | 2020 | ||||
• Jumlah | ▼ $1.007 trillion[5] (18th) | ||||
▼ $11,963[5] (66th) | |||||
KDNK (nominal) | 2020 | ||||
• Jumlah | ▲ $611 billion[5] (21st) | ||||
▲ $7,257[5] (78th) | |||||
Gini (2018) | 42.0[6] sederhana | ||||
HDI (2019) | ▼ 0.783[7] tinggi · 70th | ||||
Mata wang | Rial Iran ریال ( IRR ) | ||||
Zon waktu | UTC+3:30 (IRST) | ||||
UTC+4:30 (IRDT) | |||||
Format tarikh | yyyy/mm/dd (SH) | ||||
Arah memandu | kanan | ||||
Kod panggilan | +98 | ||||
Kod ISO 3166 | IR | ||||
DPT internet |
Iran merupakan sebuah negara yang menyimpan antara tamadun yang tertua di dunia. Berumur hampir 6000 tahun, Iran terletak di tengah-tengah benua Eurasia dan ini menjadikan ia cukup penting dalam tamadun dunia kerana mempunyai kedudukan geografi yang strategik. Iran juga adalah ahli pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Persidangan Islam, Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan Organisasi Kerjasama Ekonomi. Merupakan antara kuasa rantau yang terpenting di Asia Barat Daya, Iran memainkan peranan yang penting dalam ekonomi dunia melalui simpanan minyaknya yang banyak. Nama Iran ini berkait rapat dengan Arya, dan bermaksud "Tanah Arya" dalam bahasa Parsi.
Iran adalah nombor satu dalam hukuman mati kanak-kanak di dunia. [8]