Iskandariah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Iskandariah (Arab: الإسكندريةcode: ar is deprecated al-ʾIskandariyya;[3] Arab Mesir: اسكندريةcode: arz is deprecated Eskendereyya; bahasa Qibti: ⲣⲁⲕⲟϯcode: cop is deprecated Rakodī;[4] Yunani: Αλεξάνδρειαcode: el is deprecated Alexándria)[4][5] merupakan bandar raya kedua terbesar di negara Mesir selepas Kaherah dan Giza, bandar raya ketujuh terbesar di Afrika dan bandar raya terbesar serata rantau pesisiran Laut Tengah.
Iskandariah
الإسكندريةcode: ar is deprecated (bahasa Arab)
Ἀλεξάνδρειαcode: grc is deprecated Alexandria | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama panggilan: Mutiara Mediterranean | |||||||||||||
Koordinat: 31°12′N 29°55′E | |||||||||||||
Negara | Mesir | ||||||||||||
Ditubuhkan | 334 SM | ||||||||||||
Pentadbiran | |||||||||||||
• Governor | Elsherif[1] | ||||||||||||
Keluasan | |||||||||||||
• Jumlah | 2,679 km2 (1,034 batu persegi) | ||||||||||||
Aras | 5 m (16 ft) | ||||||||||||
Penduduk (October 2018[2]) | |||||||||||||
• Jumlah | 5,200,000 | ||||||||||||
• Kepadatan | 1,900/km2 (5,000/batu persegi) | ||||||||||||
Zon waktu | UTC+2 (EST) | ||||||||||||
Postal code | 21500 | ||||||||||||
Kod kawasan | (+20) 3 | ||||||||||||
Laman sesawang | Alexandria.gov.eg |
Bandar ini dinamakan sempena pengasasnya raja Makedon Alexander Agung, dan menjadi ibu kota Mesir Hellenistik, dan berkembang menjadi antara kota yang terbesar di Barat. Namun, selepas penubuhan kota Kaherah oleh kerajaan Islam Zaman Pertengahan, bandar ini telah merosot sehingga keadaannya menjadi sekadar perkampungan nelayan semasa zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah. Kini, Iskandariah merupakan pelabuhan utama Mesir, dan pusat kawasan industri dan penghasilan tekstil, makanan diproses, kertas, plastik dan stirofom serta penapisan petroleum dan asfalt.