Jambatan Brooklyn
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jambatan Brooklyn merupakan jambatan gantung yang tertua di Amerika Syarikat. Ia sepanjang 5,989 kaki (1825 m)[1] merentangi Sungai Timur, menghubungkan kawasan perbandaran Manhattan dan Brooklyn (di Long Island) di bandar raya New York. Setelah disiapkan, ia adalah merupakan jambatan gantung terpanjang di dunia, jambatan gantungan kabel keluli, dan jambatan pertama yang menghubungkan Long Island. Asalnya dirujuk sebagai Jambatan New York dan Brooklyn, ia diwar-warkan sebagai Jambatan Brooklyn di dalam satu surat pada tahun 1867 kepada penyunting Brooklyn Daily Eagle,[2] dan dahulunya telah diberi nama oleh kerajaan bandar pada tahun 1915. Sejak pembukaannya, ia telah menjadi sebahagian dari ikon atau mercu tanda di ruang udara New York. Jambatan tersebut telah disenaraikan dalam Daftar Binaan Bersejarah Negara pada tahun 1964.[3][4][5]
Jambatan Brooklyn | |
---|---|
Koordinat | 40°42′20″N 73°59′47″W |
Membawa | Kenderaan bermotor (kereta sahaja), keretapi bertingkat (sehingga tahun 1944), streetcar (sehingga tahun 1950), pejalan kaki dan basikal |
Menyeberangi | Sungai Timur |
Lokasi | Kota New York (Manhattan–Brooklyn) |
Penyelenggara | Jabatan Pengangkutan Kota New York |
Ciri-ciri | |
Reka bentuk | Gantung/Hibrid gantungan kabel |
Panjang keseluruhan | 5,989 kaki (1825 m) |
Lebar | 85 kaki (26 m) |
Rentangan terpanjang | 1,595 kaki 6 inchi (486.3 m) |
Kelegaan bawah | 135 kaki (41 m) at mid-span |
Sejarah | |
Pereka bentuk | John Augustus Roebling |
Dibuka | 24 Mei, 1883 |
Perangkaan | |
Lalu lintas harian | 145,000 |
Tol | Percuma di kedua-dua arah |
Lokasi | |
sunting · sunting di Wikidata |