Ken Jeong
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kendrick Kang-Yoh Jeong, MD (Bahasa Korea: 정 강조, Hanja :鄭康祖; lahir 13 Julai 1969) adalah seorang pelakon Amerika, pelawak, penerbit, penulis dan personaliti televisyen serta doktor bertauliah.[1] [2] Beliau pernah muncul dalam Knocked Up (2007), Role Models (2008), Community (2009–2015), siri filem The Hangover (2009-2013), Furry Vengeance (2010), Ride Along 2 (2016), dan Crazy Rich Asians (2018). [3] Beliau juga pencipta sitkom ABC Dr. Ken (2015-2017) yang turut dilakonkan, dikarang dan diterbitkan beliau sebagai penerbit eksekutif.
Fakta Segera Ken Jeong 정강조, Nama lahir ...
Ken Jeong 정강조 | |
---|---|
Nama lahir | Kendrick Kang-Joh Jeong |
Kelahiran | (1969-07-13) 13 Julai 1969 (umur 54) Detroit, Michigan, Amerika Syarikat |
Media | |
Pendidikan | Duke University (BS) University of North Carolina, Chapel Hill (MD) |
Tahun aktif | 1995–kini |
Genre |
|
Pasangan | Tran Ho |
Anak | 2 |
Laman web | kenjeong |
Hangul | 정강조code: ko is deprecated |
Hanja | 鄭康祖code: ko is deprecated |
Perumian Semakan | Jeong Gang-jo |
McCune–Reischauer | Chŏng Kangcho |
Tutup
Jeong adalah doktor berlesen [4] namun berhenti menceburi bidang ini untuk menumpu kepada kerjaya lakonannya.[5] Beliau kini tampil sebagai panelis dalam rancangan pertandingan nyanyian The Masked Singer.