Kerabat Saxe-Coburg dan Gotha
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kerabat Saxe-Coburg dan Gotha (/ˌsæks ˌkoʊbɜːrɡ ... ˈɡɒθə, -tə/;[1] Jerman: Haus Sachsen-Coburg und Gothacode: de is deprecated ) adalah sebuah kerabat diraja Eropah. Ia mendapat namanya daripada alam tertuanya, iaitu duchy Ernestine di Saxe-Coburg dan Gotha, akan tetapi anggotanya kemudian menduduki takhta United Kingdom, Belgium, Portugal, Bulgaria, dan Mexico.
Kerabat Saxe-Coburg dan Gotha | |
---|---|
Negara | Senarai
|
Kerabat utama | Kerabat Wettin |
Gelaran | Senarai
|
Diasaskan | 1826; 198 tahun yang lalu (1826) |
Pengasas | Ernest I, Duke Saxe-Coburg dan Gotha |
Ketua terkini | Andreas, Putera Saxe-Coburg dan Gotha |
Deposition | 1918 (di Saxe-Coburg dan Gotha) |
Cabang kadet |
|
Ia diasasskan pada tahun 1826 oleh Ernest Anton, duke Saxe-Coburg-Saalfeld keenam. Ia juga merupakan cabang kadet Saxon yang berasal daripada Kerabat Wettin. Cabang-cabang Agnatic kini memerintah di Belgium—keturunan Leopold I, dan di United Kingdom—keturunan dari Albert, Putera Pemerintah.
Pada tahun 1917, Perang Dunia I menyebabkan raja Britain, George V untuk secara rasminya menukarkan nama "Saxe-Coburg dan Gotha" kepada "Windsor" di United Kingdom di sebabkan sentimen anti-Jerman.[2] Di Belgium, di sebabkan sentimen yang sama menentang Jerman selepas Perang Besar, penggunaan nama juga ditukar pada tahun 1920 oleh Raja Albert I kepada "de Belgique" (Perancis), "van België" (Belanda) atau "von Belgien" (Jerman), bermakna "dari Belgium". Bagaimanapun, nama "Saxe-Coburg" di dalam keluarga diraja Belgium tidak pernah dihapuskan secara rasmi, dan sejak hubungan antara Belgium dan Jerman telah dinormalisasikan buat sekian lama, penggunaan nama keluarga mula diperkenalkan secara perlahan-lahan sejak tahun 2010an (terutamanya sejak Raja Philippe dari Belgium mahu menghadkan jumlah putera dan putera dari Belgium, oleh itu penggunaan designasi "dari Belgium", dihadkan kepada kumpulan terpilih dari keluarga baginda).[3]