Korvet Kelas Visby
From Wikipedia, the free encyclopedia
Visby adalah sebuah korvet terkini yang diterima oleh Tentera Laut Sweden selepas korvet kelas Göteborg dan Stockholm. Rekabentuk kapal mengutamakan "penglihatan rendah" atau teknologi halimunan. Kapal pertama di dalam ini dinamakan bersempena Visby, bandar utama di pulau Gotland. Kapal ini direka oleh Pentadbiran Bahan Pertahanan Sweden (FMV) dan dibina oleh Kockums AB[1] dan menjalani ujian ekstensif. Kelas ini menerima perhatian meluas antarabangsa disebabkan statusnya sebagai sebuah kapal halimunan dan keupayaan tumpuan rangkaian.
HMS Helsingborg (K32) | |
Gambaran keseluruhan kelas | |
---|---|
Pembina: | Kockums |
Pengguna: | Tentera Laut Sweden |
Ditauliah pada: | 8 Jun, 2000 |
Jumlah dirancang: | 6 |
Jumlah disiapkan: | 5 |
Jumlah dibatalkan: | 1 |
Jumlah aktif: | *HMS Visby
|
Ciri-ciri umum | |
Sesaran: | 650 tan |
Panjang: | 72.6m |
Lunas: | 10.4m |
Draft: | 2.5m |
Jana kuasa: |
|
Halaju: | 40+ knot |
Anak kapal: |
|
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Peperangan elektronik & pengumpan: | Rheinmetall TKWA/MASS (Multi Ammunition Softkill System) |
Persenjataan: |
|
Kemudahan penerbangan: | Pad helikopter |
Badan kapal dibina dengan rekabentuk "sandwich" terdiri daripada satu teras PVC dengan gentian karbon dan salutan vinil[2] dan rekabentuk bersudutnya mengurangkan tanda-tanda radar (atau keratan rentas radar).Laras meriam 57 mm juga boleh dilipat ke dalam turet bagi mengurangkan lagi keratan rentasnya.