Krisis Krimea 2014
From Wikipedia, the free encyclopedia
Krisis Krimea (Bahasa Ukraine: Кримська криза, Rusia: Крымский кризисcode: ru is deprecated , Tatar Krimea: Qırım krizisı) ialah satu krisis antarabangsa yang masih berjalan yang melibatkan Rusia dan Ukraine, dan berpusat di Semenanjung Krimea—suatu wilayah yang menempatkan dua subbahagian Ukraine: bandar Sevastopol dan Republik Autonomi Krimea. Republik Autonomi Krimea memiliki autonomi besar dan perlembagaannya sendiri walaupun merupakan sebahagian daripada Ukraine. Wilayah semenanjung ini memiliki sejarah yang panjang dan kompleks dengan penduduknya banyak berubah dalam 200 tahun terakhir. Hari ini, majoriti penduduknya berbahasa Rusia, dengan orang Ukraine dan orang asalnya membentuk hanya sepertiga jumlah penduduk.
Krisis Krimea 2014 | |||
---|---|---|---|
Sebahagian daripada akibat revolusi Ukraine 2014 | |||
Rusia | |||
Tarikh | 23 Februari 2014–kini (10 tahun, 2 bulan, 3 minggu dan 1 hari) | ||
Lokasi | |||
Punca |
| ||
Kaedah |
| ||
Status | Sedang berjalan
| ||
Pihak terlibat | |||
| |||
Tokoh dan pemimpin utama | |||
| |||
Bilangan | |||
| |||
Korban | |||
Beberapa kecederaan teruk[35] Beberapa orang awam maut[37][38] |
Krisis ini terjadi pada Februari 2014, apabila akibat revolusi Ukraine—dan selepas keganasan bersenjata di Kiev—kerajaan kebangsaan Ukraine digulingkan dan digantikan dengan pemimpin parti pembangkang. Ketegangan terus memuncak antara gerakan Euromaidan pro-Europah dan Antimaidan pro-Rusia yang terlibat dalam revolusi tersebut apabila diapikan media.[39][40][41][42] Rusia terlibat apabila anggota Svoboda dijadikan anggota kerajaan Ukraine baharu; suatu tindakan yang dikecam Rusia memandangkan ia menganggap Svoboda sebagai neo-fasis, dan Parlimen Eropah meluluskan satu resolusi terhadap parti tersebut, melabelkannya sebagai "rasis, anti-Semitik dan xenofobik" dan menyeru parti pro-demokratik di Ukraine "tidak terlibat, menyokong atau membentuk campuran dengan parti ini".[43] Beberapa hari kemudian, askar tak bertanda yang mengaku pasukan pertahanan diri tempatan namun disyaki askar Rusia, menawan semenanjung ini.[44][45][46][47][48][49] Campur tangan tentera Rusia ke Krimea menyusul tidak lama selepas itu.[5][50]
Tindak balas Ukraine setakat ini agak perlahan dengan pemimpin baharunya cuba mencari penyelesaian diplomatik dan reaksi ketenteraan terhad kepada kerahan angkatan tentera dan pasukan simpanan Ukraine. Rusia, bagaimanapun, berikrar tenteranya akan kekal sehingga situasi politik kembali normal.[44] Di peringkat antarangsa, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali, Poland, Kanada, Turki dan Kesatuan Eropa mengutuk Rusia, mendakwanya melanggar undang-undang antarabangsa dan mencabuli kedaulatan Ukraine.[51][52][53][54][55][56][57][58] Rusia, bagaimanapun, tidak mengiktiraf kerajaan baharu yang dilantik di Ukraine dan mendakwa ia cuma bertindak balas terhadap permintaan yang dibuat oleh Presiden Ukraine yang digulingkan Viktor Yanukovych untuk campur tangan bagi mewujudkan undang-undang dan ketenteraman di wilayah tersebut; dakwaan yang, sekiranya benar, boleh membuatkan campur tangan Rusia sebagai sah di sisi undang-undang mengikut perjanjian 1997.[lower-alpha 2][lower-alpha 3][lower-alpha 4]
Beberapa hari kemudian, pada 6 Mac, parlimen Krimea mengundi meminta penyatuan semula dengan Rusia, yang, sekiranya dipersetujui Rusia, akan diminta pandangan penduduk melalui satu pungutan suara. Parlimen, bagaimanapun, dikelilingi dan di bawah kawalan sekumpulan yang tidak dikenali, dengan sesetengah anggota tidak dibenarkan masuk.[61] Kerajaan baharu Ukraine menyatakan pungutan suara tersebut dan keputusannya tidak sah; membingungkan lagi keadaan kerana parlimen Krimea, sebaliknya, tidak menganggap kerajaan baharu Ukraine sebagai kerajaan sah.[62][63]
Pada 11 Mac, selepas pertelingkahan antara Krimea, Sevastopol, dan kerajaan sementara Ukraine yang baru dilantik, parlimen Krimea dan dewan bandaraya Sevastopol menerima satu resolusi untuk membuahkan hasrat mereka untuk mengisytiharkan kemerdekaan secara unilateral sebagai sebuah bangsa bersatu tunggal dengan kemungkinan menyertai Persekutuan Rusia sebagai anggota persekutuan seandainya direstui oleh para pengundi di pungutan suara akan datang.
Pada 16 Mac, adalah diumumkan secara rasmi bahawa hampir 96% pengundi di Krimea menyokong supaya menyertai Rusia.[64] Menurut pegawai pilihan raya, jumlah kedatangan adalah tertinggi sekali,[65] walaupun ramai orang Tatar dan pembangkang pungutan suara dilaporkan telah memboikot undian itu.[66] Pada 17 Mac, parlimen Krimea secara rasmi mengisytiharkan kemerdekaannya dari Ukraine serta memohon untuk menyertai Persekutuan Rusia.[67] Pada 18 Mac, Presiden Putin menuntut semula Krimea sebagai wilayah Rusia atas dasar moral dan kebendaan, beralaskan prinsip penentuan nasib sendiri dan kepentingan strategik Krimea kepada Rusia.[68]
Parlimen Ukraine menyatakan bahawa pungutan suara itu menyalahi perlembagaan.[69] Rusia bertegas supaya tenteranya kekal di Krimea hingga situasi politik kembali normal sambil mengiktiraf kerajaan Krimea yang baru serta datuk bandar Sevastopol, di samping pungutan suara dan keputusannya.[44] Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah menganggap pungutan suara itu sebagai "tidak sah" serta bertegas bahawa undian Krimea itu akan mendatangkan banyak padah.[70]