Kuinoa
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kuinoa atau kinoa (bahasa Inggeris: quinoacode: en is deprecated , dari Bahasa Quechua kinwacode: qu is deprecated atau kinuwacode: qu is deprecated )[2] adalah nama biasa untuk Chenopodium quinoa, sejenis tanaman berbunga di dalam keluarga bayam iaitu Amaranthaceae. Ia adalah sejenis tumbuhan semusim yang diusahakan untuk dimakan biji benihnya sebagai bijirin. Tumbuhan ini tidak mempunyai sifat yang sama seperti rumput, oleh itu ia bukanlah jenis bijirin yang sebenar (pseudocereal). Kuinoa berkait rapat dengan tumbuhan-tumbuhan lain yang boleh dimakan seperti ubi bit, bayam, dan amaranth (Amaranthus spp.).
Kuinoa | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | Amaranthaceae |
Subkeluarga: | Chenopodioideae |
Genus: | Chenopodium |
Spesies: | C. quinoa |
Nama binomial | |
Chenopodium quinoa Willd. | |
Merah: taburan semulajadi, Hijau: penanaman | |
Sinonim[1] | |
|
Setelah penuaian, biji-biji yang dikumpulkan diproses untuk membuang lapisan luar yang mengandungi saponin, sejenis kimia pahit. Bijirin yang terhasil ini boleh dimasak dengan cara yang sama seperti beras dan ia boleh digunakan dalam pelbagai hidangan. Daun kuinoa kadangkalanya juga boleh dimakan sebagai daun sayur-sayuran seperti bayam, namun ia sukar didapati.
Kandungan khasiat bijirinnya yang telah dimasak adalah setanding dengan bijirin-bijirin lain seperti gandum dan nasi di mana ia dapat membekalkan jumlah serat dan mineral yang sederhana. Oleh sebab kepentingan inilah Pertubuhan Makanan dan Pertanian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengisytiharkan tahun 2013 sebagai "Tahun Kuinoa Sedunia".[3]
Kuinoa berasal dari kawasan pergunungan Andes yang meliputi negara Peru, Bolivia, Ekuador, Colombia dan Chile[4]. Bukti arkeologi menunjukkan bahawa tumbuhan ini pertama kali digunakan sebagai bahan makanan untuk penggembalaan pada 5,200 hingga 7,000 tahun yang lalu. Ia kemudiannya telah dijinakkan untuk kegunaan manusia sejak 3 ribu hingga 4 ribu tahun yang lalu di lembangan Tasik Titicaca sekitar Peru dan Bolivia[5].