Lapangan Terbang Antarabangsa Munich
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lapangan Terbang Antarabangsa Munich (IATA: MUC, ICAO: EDDM), atau nama rasminya Lapangan Terbang Antarabangsa Franz Josef Strauss (Jerman: Flughafen München Franz Josef Strauß) terletak 28 km timur laut Munich, Jerman, dan merupakan hab kedua bagi Lufthansa dan rakan sekutunya Star Alliance. Lapangan terbang ini berada dibawah kawasan 4 majlis perbandaran: Freising, Oberding (lokasi terminal), Hallbergmoos dan Marzling. Lapangan Terbang Antarabangsa Munich mendapat namanya sempena mengingati Menteri Besar Bayern Franz Josef Strauß.
Munich "Franz Josef Strauss" Airport Flughafen München-Franz Josef Strauß | |||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Rumusan | |||||||||||||||||||
Jenis lapangan terbang | Public | ||||||||||||||||||
Pemilik/Pengendali | Flughafen München GmbH | ||||||||||||||||||
Destinasi | Munich, Germany | ||||||||||||||||||
Lokasi | near Freising | ||||||||||||||||||
Koordinat | 48°21′17″N 11°47′15″E | ||||||||||||||||||
Laman sesawang | http://www.munich-airport.de/EN | ||||||||||||||||||
Landasan | |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
Helipad | |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
1 working title; subject to final designation to be received from Deutsche Flugsicherung.[1] |
Dalam tahun 2005 lapangan terbang ini mengendalikan 28.62 juta penumpang menjadikannya lapangan terbang kedua terpenting di Jerman dan pada kedudukan kelapan dalam Eropah. Dalam tahun 2006 buat kali kedua berturut turut Lapangan Terbang Antarabangsa Munich dipilih sebagai Lapangan Terbang terbaik Eropah dan ketiga terbaik dunia dibelakang Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura dan Lapangan Terbang Antarabangsa Chek Lap Kok, Hong Kong oleh sebuah syarikat penyelidikan pengangkutan udara, Skytrax. Diarkibkan 2006-12-31 di Wayback Machine