Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Laluan Persekutuan merupakan sebuah lebuh raya di Pulau Pinang, Malaysia yang menghubungkan antara bandar raya George Town dengan Bayan Lepas dan Butterworth. Lebuh raya sepanjang 17.84 km (11.09 batu) ini terletak di sepanjang pantai timur Pulau Pinang, terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Lebuh raya ini dinamakan semula pada 7 Disember 2010 [1] sempena menghormati bekas Ketua Menteri kedua Pulau Pinang yang juga merupakan 'Arkitek Pulau Pinang Moden', Tun Dr Lim Chong Eu yang meninggal dunia pada 24 November 2010.[2] Lebuh raya ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu Lebuhraya Jelutong dan Lebuhraya Bayan Lepas.
Laluan Persekutuan 3113 | |
---|---|
Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu | |
Maklumat laluan | |
Panjang | 17.84 km (11.09 mi) |
Simpang utama | |
Hujung utara | George Town di Pengkalan Weld (Weld Quay) |
Persimpangan utama | P19 Jalan Lingkaran Tengah Pulau Pinang Jambatan Pulau Pinang Jalan Tun Dr Awang P10 Jalan Batu Maung Jambatan Kedua Pulau Pinang |
Hujung selatan | Batu Maung |
Lokasi | |
Destinasi utama | George Town Bayan Lepas Kawasan Perindustrian Bayan Lepas Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang |
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Laluan ini merupakan laluan terus ke George Town dan Bayan Lepas sekarang dari Butterworth.