Menatap Dalam Mimpi
From Wikipedia, the free encyclopedia
"Menatap Dalam Mimpi" ialah lagu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza. Ia merupakan trek bonus kedua beliau dari album secara langsung beliau, Unplugged yang dikeluarkan sebagai single selepas "Mikraj Cinta". Lagu ini dicipta oleh Aubrey Suwito dan liriknya ditulis oleh Rozi Abdul Razak. Secara tematiknya, lirik Menatap Dalam Mimpi berkisarkan mengenai perasaan kerinduan Siti terhadap arwah bapanya, Allahyarham Tarudin Ismail yang meninggal dunia pada 2009.
"Menatap Dalam Mimpi" | |
---|---|
Lagu oleh Siti Nurhaliza | |
daripada album Unplugged | |
Dilancarkan pada |
|
Dirakamkan pada | Jun 2015 |
Format | Muat turun digital |
Genre | Pop |
Panjang | 4:58 |
Syarikat | Siti Nurhaliza Productions Universal Music Group (Malaysia) |
Penulis | Aubrey Suwito, Rozi Abdul Razak (RoziSangDewi) |
sunting · sunting di Wikidata |
Pada 2 November 2016, muzik video rasmi terakhir lagu ini telah dimuatnaik di akaun Vevo rasmi Siti Nurhaliza selepas muzik video pertamanya ditarik balik dalam tempoh 12 jam selepas ia diterbitkan pada Ogos.
Pada September 2015, "Menatap Dalam Mimpi" dicalonkan di Anugerah Planet Muzik 2015 bagi kategori Penyanyi Wanita Terbaik. Pada 18 Disember 2016, lagu ini memenangi Anugerah Industri Muzik ke-22 bagi dua kategori, iaitu Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Wanita) dan Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu, serta tercalon dalam kategori Lagu Pop Terbaik.