Mikraj Cinta
From Wikipedia, the free encyclopedia
"Mikraj Cinta" ialah lagu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dan dilancarkan pada 21 Jun 2015 sebagai single utama daripada album secara langsung beliau, Unplugged. Ia dicipta oleh Hafiz Hamidun dan lirik ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya, ia dimuatkan sebagai salah satu trek bonus untuk album ini.[1] Pada asalnya, lagu ini dinyanyikan oleh Hafiz untuk dirinya sendiri, ia kemudiannya diberikan kepada Siti untuk persembahannya untuk “Sirah Rasulullah” bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada 3, 4 dan 7 Januari 2015. Versi studio lagu ini kemudiannya dimuatkan diikuti dengan pelancaran album Unplugged.
"Mikraj Cinta" | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Single oleh Siti Nurhaliza | |||||||
daripada album Unplugged | |||||||
Dilancarkan pada | 21 Jun 2015 (Digital) 03 Januari 2015 (2015-01-03) (Persembahan secara langsung) | ||||||
Dirakamkan pada | 18 Mei 2015 Arteffects International (Petaling Jaya, Selangor) | ||||||
Format | Muat turun digital | ||||||
Genre | Islamik, Kerohanian, Pop | ||||||
Panjang | 4:37 | ||||||
Syarikat | Siti Nurhaliza Productions Universal Music Malaysia | ||||||
Penulis | Hafiz Hamidun Ahmad Fedtri Yahya | ||||||
Penerbit | Hafiz Hamidun | ||||||
Kronologi single Siti Nurhaliza | |||||||
| |||||||
Siti Nurhaliza - Mikraj Cinta (muzik video) di YouTube | |||||||
sunting · sunting di Wikidata |
Muzik video lagu ini diarahkan oleh Zuli dan Aloi, diikuti oleh tayangan perdana muzik video lagu ini disiarkan dalam rancangan HLive di Astro Ria pada 10 Julai 2015 sebelum ia dilancarkan secara rasmi di YouTube pada 14 Julai 2015.
Pada 18 Disember 2016, "Mikraj Cinta" telah memenangi kategori Lagu Nasyid Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-22.[2][3]