Mohammad Nizar Jamaluddin
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin (lahir 17 Mac 1957) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara (AMANAH). Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Perak bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan AJK Tertinggi Parti Amanah Negara. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan mantan Menteri Besar Negeri Perak ke-10 apabila membentuk kerajaan negeri selepas menang Pilihan Raya Umum Malaysia 2008.
Mohammad Nizar bin Jamaluddin SPMP (Perak) | |
---|---|
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak | |
Memegang jawatan 22 November 2022 | |
Menteri Besar | Saarani Mohamad |
Ahli Dewan Negeri Perak untuk Sungai Rapat | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 3 Julai 2018 – 17 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Radzi Zainon |
Majoriti | 3,614 |
Menteri Besar Perak ke-10 | |
Dalam jawatan 17 Mac 2008 – 12 Mei 2009 | |
Raja | Sultan Azlan Muhibbuddin Shah |
Didahului oleh | Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali |
Digantikan oleh | Zambry Abdul Kadir |
Kawasan pilihan raya | Pasir Panjang |
Ahli Dewan Negeri Perak untuk Changkat Jering | |
Dalam jawatan 6 Mei 2013 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Mohamad Osman Jailu |
Digantikan oleh | Ahmad Saidi Mohamad Daud |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P59 Bukit Gantang, Perak | |
Dalam jawatan 7 April 2009 – 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Roslan Shaharum |
Digantikan oleh | Idris Ahmad |
Ahli Dewan Negeri Perak untuk N51 Pasir Panjang | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | M. Ramachandran |
Digantikan oleh | Rashidi Ibrahim |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1957-03-17) 17 Mac 1957 (umur 67) Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak |
Parti politik | PAS PH-AMANAH (kini) |
Pasangan | Datin Seri Fatimah Taat |
Anak-anak | 7 anak |
Pekerjaan | ADUN |
Beliau dikatakan tidak lagi menjadi Menteri Besar Perak setelah Barisan Nasional (BN) mengambil alih tampuk kerajaan negeri 6 Februari 2009 berikutan pengisytiharan tiga ADUN menyokong Barisan Nasional. Walau bagaimanapun, selepas 96 hari, Mahkamah Tinggi Malaysia mengisytiharkan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah.[1] tetapi pada 22 Mei 2009, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah, sekaligus membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kini beliau merupakan Ketua Pembangkang bagi negeri Perak.