Muhammad Deif
Komander Hamas / From Wikipedia, the free encyclopedia
Mohammed Deif (Arab: محمّد ضيفcode: ar is deprecated ; lahir 1965 di Khan Yunis), lahir sebagai Mohammed Diab Ibrahim al-Masri,[2] ialah seorang warga Palestin, dan komander tentera tertinggi Briged Izzuddin Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas. Dia merupakan orang 'paling dikehendaki' oleh Israel selama 24 tahun sejak 1995 di atas keterlibatan langsung dalam serangan terhadap Israel seperti membunuh tentera IDF, pengeboman berani mati dan penculikan.[3] Cubaan terakhir Israel untuk membunuh Deif berlaku dalam sebuah serangan udara pada 19 Ogos 2014.[4] Hamas menafikan Deif terbunuh. Isteri, bayi lelaki dan anak perempuan Deif meninggal dunia dalam serangan tersebut.[5][6]
Mohammed Deif | |
---|---|
Kelahiran | Mohammed Diab Ibrahim al-Masri 1965 (umur 58–59) |
Warganegara | Negara Palestin |
Nama lain | Abu Khaled |
Tahun aktif | 2002–kini |
Terkenal kerana | Komander Tentera Tertinggi Briged Izzuddin Al-Qassam |
Pasangan | Widad (2007–2014[1]) |
Kerjaya ketenteraan | |
Kesetiaan | Hamas |
Perkhidmatan | Briged Izzuddin Al-Qassam |
Pangkat | Ketua |
Jabatan Negara Amerika Syarikat menambah Deif dalam senarai 'Pengganas Global Khas Ditetapkan' pada 8 September 2015.[7][8]