Hamas
pertubuhan ketenteraan dan politik Palestin / From Wikipedia, the free encyclopedia
Gerakan Perjuangan Islam (Arab: حركة المقاومة الاسلاميةcode: ar is deprecated , rumi: Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyahcode: ar is deprecated , "Gerakan Perjuangan Islam" disingkatkan kepada Arab: حماس, rumi: Ḥamāscode: ar is deprecated [50][51]) adalah sebuah pertubuhan politik dan ketenteraan Islam beraliran Ahlu al-Sunnah[52] yang mentadbir Genting Gaza terangkum dalam wilayah Palestin taklukan entiti Israel.[53] Ia beribu pejabat di Bandar Gaza dan juga di Tebing Barat. Bahkan, ibu pejabat di Tebing Barat lebih besar tetapi wilayah pengaruh lebih dikuasai pesaingnya, Fatah.
Rencana ini sedang giat mengalami sebuah suntingan besar buat sementara waktu. Untuk mengelakkan percanggahan suntingan, tolong jangan menyunting laman ini sementara pesanan ini dipaparkan. Laman ini terakhir disunting pada 05:23, 17 Mei 2024 (UTC) (6 hari yang lalu). Sila buangkan templat ini jika laman ini belum lagi disunting dalam beberapa jam. Jika anda merupakan penyunting yang menambahkan templat ini, sila memastikan bahawa templat ini dibuangkan atau digantikan dengan {{Sedang dibina}} antara sesi suntingan. |
Gerakan Perjuangan Islam حركة المقاومة الإسلامية | |
---|---|
Pengerusi | Ismail Haniyeh |
Naib Pengerusi | Saleh al-Aruri[1] |
Pengasas |
... dan lain-lain
|
Ditubuhkan | 10 Disember 1987; 36 tahun yang lalu (1987-12-10) |
Pecahan | Ikhwan Muslimin |
Ibu pejabat | Gaza, Semenanjung Gaza |
Sayap Ketenteraan | Briged Izzuddin Al-Qassam |
Ideologi |
|
Kedudukan politik | Haluan Kiri |
Agama | Sunni Islam |
Perikatan politik | Perikatan Angkatan Palestin Angkatan Islam dan Kebangsaan Palestin |
Warna | Hijau |
Kedudukan terbanyak dalam Majlis Perundangan Palestin (s. 2006) | 74 / 132 |
Bendera parti | |
Laman sesawang | |
hamas.ps | |
Politik Palestin Parti politik Pilihan raya |
Hamas | |
---|---|
Kawasan utama | Negara Palestin |
Sekutu | Sekutu negara:
Sekutu bukan negara:
|
Lawan | Lawan negara:
Lawan bukan negara:
|
Pertempuran dan peperangan |
|
Ditetapkan sebagai kumpulan pengganas oleh |
Ia ditubuhkan oleh pemimpin dan aktivis Palestin, Syeikh Ahmed Yassin pada 1987 selepas meletusnya Intifadah Pertama menentang Israel bersinambungan dari pertubuhan Majlis Islam (Arab: المجمع الإسلامي, rumi: al-Mujamma' al-Islamicode: ar is deprecated ) yang ditubuhkan dan diterajui Syeikh Ahmad di Gaza pada 1973 sebagai sebuah pertubuhan kebajikan Islam yang terlibat dengan Ikhwan Muslimin di Mesir.[54] Hamas menjadi semakin naik apabila terlibat dalam konflik Israel–Palestin lewat tahun 1990-an;[55] ia menentan Surat Pengiktirafan Bersama Israel–PLO juga Perjanjian Oslo, yang menyaksikan Fatah menolak "penggunaan tindakan pelampau dan tindakan kekerasan lain" dan mengiktiraf Israel dalam mencapai penyelesaian dua negara. Hamas terus menganjurkan penentangan bersenjata, menang dalam pilihan raya perundangan Palestin 2006,[56] memperoleh majoriti dalam Majlis Perundangan Palestin,[57] dan memegang kawalan pentadbiran Genting Gaza daripada Fatah diikuti perang dalaman pada 2007.[58][59] Sejak itu, Hamas mentadbir Gaza di bawah pemerintahan de facto dan wilayah satu parti.[60][61][62]
Walaupun secara sejarahnya, mencari sebuah negara Islam Palestin dengan menggabungkan wilayah yang dijajah Israel, Tebing Barat dan Genting Gaza,[63][64] Hamas mula menerima cadangan sempadan tahun 1967 dalam persetujuan yang ditandatangani dengan Fatah pada 2005, 2006 dan 2007.[65] Pada 2017, Hamas menerbitkan piagam baharu menyokong negara Palestin dengan mengikut pada sempadan tahun 1967 tanpa mengiktiraf Israel.[66][67][68][69] Tindakan Hamas mengulangi tawaran gencatan senjata mereka (untuk tempoh 10–100 tahun) berdasarkan pada sempadan 1967 dilihat orang lain sebagai sejajar dengan penyelesaian dua negara,[70][71][72][73] manakala dalam keadaan lain, Hamas mengekalkan matlamat jangka panjang untuk menubuhkan satu negara sebagaimana Palestin Bermandat.[74][75] Di bawah prinsip ideologi Islamisme, Hamas menggalakkan semangat kebangsaan Palestin dalam acuan Islam; ia telah menjalankan dasar jihad (perjuangan bersenjata) menentang dasar penjajahan Aparteid Israel.[lower-alpha 3] Hamas juga mempunyai sayap ketenteraan yang juga bertindak sebagai pemberi khidmat dan da'wah kepada masyarakat yang dinamakan Briged Izzuddin al-Qassam.[lower-alpha 4][lower-alpha 5] Sejak pertengahan 1990-an,[54] Hamas memperoleh liputan meluas dalam kalangan masyarakat Palestin dengan pendirian anti-Israel mereka.[79][80]
Genting Gaza kini di bawah sekatan, dikenakan oleh Israel dan Mesir. Israel dan Hamas berlawan dalam siri peperangan yang banyak, termasuk pada 2008–09, 2012, 2014 dan terkini pada 2023.