Orang Melayu Indonesia
Kumpulan etnik di Indonesia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Orang Melayu Indonesia (Tulisan Jawi: ملايو ايندونيسيا) merupakan orang Melayu yang tinggal di Indonesia, sebagai salah satu kelompok etnik bangsa asli negara Indonesia. Bahasa Indonesia, bahasa kebangsaan Indonesia, merupakan salah satu daripada berkembangnya kepiawaian bahasa Melayu Riau.[5][6] Ada beberapa bilangan kerajaan yang berkaitan dengan Melayu di Indonesia yang meliputi pesisir timur pulau Sumatera dan pesisir Kalimantan, yang mana sesetengahnya yang terkenal ialah Srivijaya, Kerajaan Melayu, Kesultanan Palembang, Kesultanan Jambi, Kesultanan Deli, Kesultanan Riau-Lingga dan Kesultanan Sambas. Banci 2010 menyatakan terdapat lebih kurang 8 juta orang Melayu di Indonesia; jumlah ini berasal daripada klasifikasi orang Melayu di Sumatra Timur dan pantai Kalimantan yang diiktiraf oleh pemerintah Indonesia.
Jumlah penduduk | |
---|---|
8,753,791 (2020)[1][lower-alpha 1] | |
Kawasan ramai penduduk | |
Indonesia: | |
Sumatra Selatan | 3,139,000 |
Riau | 2,880,240 |
Kalimantan Barat | 1,259,890[3] |
Kepulauan Bangka Belitung | 936,000 |
Jambi | 914,660 |
Kepulauan Riau | 600,108 |
Sumatra Utara | 582,100 |
Lampung | 269,240 |
Jakarta | 165,039 |
Bengkulu | 125,120 |
Kalimantan Tengah | 87,222 |
Kalimantan Timur | 84,468 |
Kalimantan Utara | 64,881 |
Bahasa | |
Native Melayu (Pelbagai jenis bahasa Melayu vernakular) Also Indonesia | |
Agama | |
Majoriti Islam Sunni (99.64%) Minoriti • Buddha Vajrayana (0.22%) • Kristian (Protestan and Katolik Rom) (0.09%) • Konfusianisme (0.014%) • Hindu (0.011%) • Lain-lain (0.003%)[4] | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Konsep satu Kemelayuan di Indonesia berbeza dengan yang terdapat di Malaysia, iaitu ras Melayu itu adalah semua penduduk yang tinggal di Asia Tenggara dan bukan hanya etnik atau bangsa, berbeza di Malaysia yang mana, Melayu mengamalkan keazaman asimilasi budaya (Melayuisasi atau "masuk Melayu") Menurut pengiktirafan itu, bangsa-bangsa Islam di Nusantara boleh dikatan sebagai orang Melayu bukan secara langsung atau "Melayu Dagang" seperti Jawa, Bugis, atau Minangkabau, kerana mereka beragama Islam dan telah lama bermastautin di dalam negara maka mereka diakui kerajaan sebagai orang Melayu.