P-800 Oniks
From Wikipedia, the free encyclopedia
P-800 Oniks (Rusia: П-800 Ониксcode: ru is deprecated ; bahasa Inggeris: Onyxcode: en is deprecated ), juga dikenali dalam pasaran eksport sebagai Yakhont (Rusia: Яхонтcode: ru is deprecated ; bahasa Inggeris: rubycode: en is deprecated ), adalah sebuah peluru berpandu krus anti kapal supersonik dari Soviet / Rusia yang dibangunkan oleh NPO Mashinostroyeniya sebagai sebuah versi ramjet terbitan P-80 Zubr. Designasi GRAU adalah 3M55, versi lancaran udara Kh-61 juga wujud. Nama pengenalan NATO rasmi bagi peluru berpandu ini adalah SS-N-26 "Strobile". Pembangunan rasminya bermula pada tahun 1983, dan pada tahun 1990an peluru berpandu anti kapal ini telah diuji pada kapal Projek 1234.7. Pada tahun 2002, peluru berpandu ini lulus kesemua ujian dan ditauliahkan ke dalam perkhidmatan.[3] Walaupun ia bertujuan untuk mengantikan peluru berpandu P-270 Moskit, terdapat kemungkinan ia juga akan mengantikan peluru berpandu P-700 Granit. P-800 telah diguanakan sebagai asas untuk pembangunan bersama peluru berpandu supersonik BrahMos oleh Rusia/India.[4]
Peluru berpandu Yakhont/Onyx | |
---|---|
Jenis | Peluru berpandu krus Peluru berpandu krus lancaran udara Peluru berpandu krus lancaran kapal selam Peluru berpandu anti kapal Peluru berpandu permukaan ke permukaan Peluru berpandu serangan darat |
Tempat asal | Soviet Union / Rusia |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 2002–kini[1] |
Digunakan oleh | Lihat Pengguna |
Perang | Perang Saudara Syria |
Sejarah pengeluaran | |
Pengeluar | NPO Mashinostroyeniya |
Dihasilkan | 1987–kini |
Spesifikasi | |
Berat | 3,000 kg (6,614 lb) |
Panjang | 8.9 m (29.2 kaki) |
Diameter | 0.7 m (2.3 kaki) |
Warhead | Versi Rusia 300 kg letupan kuat (HE) semi-perobek armor, thermonuclear; untuk eksport 200 kg letupan kuat (HE) semi-perobek armor |
Detonation mechanism | Fius tertunda |
Enjin | Ramjet 4 tan kuasa tujahan |
Lebar sayap | 1.7 m (5.6 kaki) |
Bebaling | Bahan api cecair kerosin |
Jarak operasi | 600 km (370 bt; 320 nmi) (versi Oniks untuk Rusia) 120 hingga 300 km (75 hingga 186 bt; 65 hingga 162 nmi) bergantung pada altitud (versi eksport Yakhont) |
Siling penerbangan | 14,000 m |
Altitud penerbangan | 10 meter atau lebih |
Kelajuan | Mach 2-3 |
Sistem pemanduan | panduan inersia, kepala penjejak panduan radar aktif-radar pasif semasa penerbangan |
Ketepatan | 1.5 m[2] |
Platform pelancaran | Pemasangan pantai, kapal laut, pesawat kepak kaku |