Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional
From Wikipedia, the free encyclopedia
Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional (Bahasa Jerman: Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei (bantuan·maklumat)) atau Parti Nazi merupakan sebuah parti politik di Jerman antara tahun 1920 hingga 1945. Sebelum itu parti ini dikenali sebagai Parti Pekerja Jerman atau "Deutsche Arbeiterpartei" (DAP), yang wujud dari tahun 1919 hingga 1920. Istilah Nazi ialah bahasa Jerman, singkatan dari perkataan Nationalsozialist. Namun atas desakan Hitler untuk memasukkan unsur sosialisme nasional nama parti itu ditukar kepada "Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional" (dalam bahasa Jerman "Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei" atau NSDAP) atau nama popularnya Nazi.
Parti Pekerja Jerman Sosialis Nasional | |
---|---|
Pemimpin | Anton Drexler (1920–1921) Adolf Hitler (1921–1945) Martin Bormann (1945) |
Pengasas | Anton Drexler |
Ditubuhkan | 1920 (1920) |
Dibubarkan | 1945 (1945) |
Didahului oleh | Parti Pekerja Jerman (DAP) |
Digantikan oleh | Tiada (diharamkan) Ideologi diteruskan oleh neo-Nazisme |
Ibu pejabat | Munich, Jerman |
Akhbar | Völkischer Beobachtercode: de is deprecated |
Sayap pelajar | Kumpulan Pelajar Sosialis Nasional Jerman (NSDStB) |
Sayap belia | Belia Hitler (HJ)
|
Sayap Separa Tentera | Sturmabteilungcode: de is deprecated (SA) Schutzstaffelcode: de is deprecated (SS) Kor Motor Sosialis Nasional(NSKK) |
Pertubuhan sukan | Nationalsozialistischer Reichsbund für Leibesübungencode: de is deprecated (NSRL) |
Pertubuhan wanita | Kumpulan Wanita Sosialis Nasional (NSF) |
Keanggotaan |
|
Ideologi | Sosialisme Nasional (Nazisme) Fasisme Nasionalisme Jerman Antisemitisme Nasionalisme kulit putih |
Kedudukan politik | Kanan Jauh[1][2] |
Warna | Hitam, putih, merah (Bendera empayar Jerman); coklat |
Slogan | "Ein Volk, ein Reich, ein Führer" (Satu Rakyat, satu Empayar, satu Ketua) |
Bendera parti | |
Politik Jerman Parti politik Pilihan raya |
Parti ini diketuai oleh Adolf Hitler dan merupakan parti kerajaan utama sewaktu beliau memerintah negara Jerman. Lambang rasmi Parti Nazi ini adalah Swastika yang berlatarbelakangkan warna merah.