Pengelasan iklim Köppen
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pengelasan iklim Köppen ialah salah sejenis sistem pengelasan iklim yang terlaris digunakan di dunia, pertama kalinya diterbitkan oleh seorang ahli kaji iklim berbangsa Jerman yang bernama Wladimir Köppen pada tahun 1884, diikuti beberapa pengubahsuaian oleh Köppen sendiri, khususnya pada tahun 1918 dan 1936. Kemudian, seorang lagi ahli kaji iklim Jerman bernama Rudolf Geiger bekerjasama dengan Köppen untuk membuat perubahan lagi pada sistem pengelasannya, oleh itu adakalanya dipanggil sistem pengelasan Köppen–Geiger .
Sistem ini berasaskan konsep bahawa tumbuh-tumbuhan asli setempat merupakan cara terbaik untuk menentukan iklimnya. Oleh itu, sempadan kawasan iklim digariskan berdasarkan taburan tumbuh-tumbuhan, menggabungkan purata suhu dan kerpasan tahunan dan bulanan, serta kebermusiman kerpasan.[2]