Penyahnazian
From Wikipedia, the free encyclopedia
Denazifikasi atau Denazification (Jerman: Entnazifizierungcode: de is deprecated ) adalah satu inisiatif Pihak Bersekutu bagi menghapuskan sisa-sisa ideologi Sosialis Nasional (Nazi) daripada masyarakat, budaya, media, ekonomi, kehakiman dan politik di Jerman dan Austria . Ia telah dilaksanakan khusus untuk menyingkirkan mereka yang terlibat dari kedudukan berpengaruh dan untuk membubarkan atau menyebabkan pertubuhan itu tidak mempunyai kuasa keatas mana-mana pihak. Program denazifikasi telah dimulakan selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua dan telah diperkukuhkan oleh Perjanjian Potsdam.
Terma denazifikasi buat pertama kali diperkenalkan sebagai istilah undang-undang pada tahun 1943 di Pentagon, bermaksud untuk digunakan dalam erti kata yang sempit dengan merujuk kepada sistem undang-undang Jerman selepas perang. Tidak lama kemudian, ia membawa makna yang lebih umum.[1]